Friday, November 1, 2019

Kalau tanya aku kenapa? Jawapan hanya tiada apa. Aku sendiri tak tahu apa punca tapi terjadi macam perlahan lahan dan secara tiba tiba hilang punca. Dalam hati aku rasa "bising" tapi mulut aku diam seperti orang asing.


Kalau aku dapat undur masa, mungkin jalan ini utk tidak aku memilih. Aku tak tahu apa aku rasa tapi apa yang aku tahu aku hanya ingin memendam rasa dan nak keluar jauh membawa jiwa. Dalam hati aku penuh rintih, luaran aku pula rasa letih.


Adakah salah untuk aku meminta pada yang sahih? Adakah aku tidak punya "kuasa" untuk rasa ingin di kasih? Adakah aku sekadar.....

Saturday, March 23, 2019

Dinding

Aku tak tahu apa aku rasa. Kadang kosong, kadang bunga. Kadang aku keliru dan kadang aku sedih atau aku sebenarnya gembira?

Aku rasa aku sorang walaupun hakikatnya sekeliling aku bising. Aku rasa aku tengah menangis tapi bibir aku paksa untuk senyum. Aku tak tahu mana rasa dulu. Aku tk tahu mana rasa  kelip kelip ‘lampu’. Aku tak tahu siapa aku. Aku hanya tahu, aku dan dinding.

Aku cuba pendam tapi sakit rasa sampai basah mata. Aku nak jerit tapi hanya dalam hati yang bunyi bising. Aku tak tahu apa aku rasa sebab aku rasa aku hanya dinding.

Aku rindu nak ikhlas ketawa. Aku rindu di manja. Aku rindu rasa bahawa aku masih ada. Aku rindu nak baca coretan jiwa. Aku rindu nak kau tahu yang aku perlukan ‘bunga’ untuk teruskan rasa cinta di jiwa.

Siti Sab's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah