Friday, April 24, 2015

Tanda-tanda di awal kehamilan seorang Siti Sab

Salam
Alhamdulilah, baru ada kekuatan dan semangat sikit nak update blog.  Mengandung! Siapa je tak suke dapat berita happy ni lagi2 yang baru berkahwin macam aku ni haa.. Memang berita aku mengandung aku rahsiakan dan tak dedahkan sangat di media social. Leklu orang kabo.Malas kecoh.. Cume keluarga terdekat dan kenalan rapat je yang tahu aku mengandung.

Meh nak kongsi sikit tanda2 yang aku alami sebelum aku buat Urine Pregnancy Test (UPT).

Tanda-tanda aku mengandung :-
  • -          Period tak datang selama sebulan setengah (almost two month jugak) then baru positif pregnant.
  • -          Loya dan rasa mual sangat2 tekak tapi tak muntah ye. Aku takde morning sickness. Tapi sentiasa rasa mual. Kadang rasa geram nak je jolok tekak kasi muntah biar lega sikit tekak.
  • -          Penat! Kalau dapat berbaring tu, nak bangun ya rabbi.. Pemalas gila rasa. Nak tido je rasa dan cepat mengah.
  • -          Payudara sakit. Macam rasa tegang.
  • -          Badan macam nak demam ke taknak demam. Kadang bangun pagi badan aku macam demam je, tapi aku tak demam. Haaa.. gitu la lebih kurang..
  • -          Tak suke bau husband! HAHA. Kalau tak, tido malam memang nak melekat je rasa. LOL. Tapi bila preggy, husband peluk aku akan tahan sikit hidung. Nak tolak terus kang merajuk pulak husband kite ni :p
  • -          Selera makan mule berkurang.

Okay,tu antara tanda2 awal yang aku rasa sebelum buat UPT. Aku nikah 12.12.14..Last period aku datang lepas kawen 29th December 2014,gagal dalam mission “bunting pelamin” HAHAHA.Then end of January aku ada buat UPT senyap2 taknak bagitahu husband sebab macam dah lambat datang period pada next date yang sepatutnya.

Ni la suami kite 


Pembelian UPT :-
Untuk pertama kalinye haruslah beli yang MURAH dahulu! Itu aku la! Haha. Yela, nak letak air kencing sekali pakai aje.  Panduan nak membeli UPT ni pun korang kalau rajin gugel dulu ye. Tiap pada paket UPT tu ada bagitahu if tk silap berapa Hcg air kencing yang boleh detect. EH, betul ke HCG mende tuh orang panggil dalam Bahasa saintis? Errkk.. Kesimpulannye gini la, semakin mahal UPT tahap kepekatan air kencing kite ni even kau baru preggy 1 – 2 weeks ada UPT yang dapat detect dah. Eh,betul ke kesimpulan aku ni?Ah,dulik!! Dan kalau tak silap aku jenama “Clear Blue” ni antara UPT yang mahal. Boleh detect awal engko preggy dan siap tulis lagi dah pregggy berapa minggu.

Tapi,aku nasihatkan tuk memula cek engko beli la yang murah2 je dulu. Aku beli brand Guardian je.Hihi. Ada dua dalam satu paket tu dengan harga RM13+,lepas GST ni aku tk tahu harga cemana  . Don’t worry, memana UPT akan bagi result yang tepat. Cuma kalau yang murah ni kadang kalau terlalu awal sangat kite cek kadang result negative. So, better if nak cek pregnancy tu bagi masa sikit la jarak dalam 3 – 4 minggu :D

Ni la UPT Test yang aku beli!
Satu paket ni ada DUA! ^_^
*Sumber gambar google*


Ekceli husband aku tak kasi cek awal2 sangat sebab takut akan kecewa, so aku ni dah lewat seminggu dari date sepatutnye aku dah gigih pi beli senyap2 UPT dan buat test sendiri. 

Cek pulak dekat ofis, beli je sibuk nak cek terus. Padahal ofismate aku dah kabo dah, jangan cek dulu..Tunggu dekat rumah pepagi bangun baru cek. Yang pandainye, sebelum nak cek tu aku minum air kosong.Lepas tu selamba bawak UPT senyap2 ke toilet dan bermula la sesi eksperimen. Masa kencing tu ya rabbi..First time jantung laju gila! Nervous gile hokey nak tahu result! Haaa… So resultnye apakah??? Jeng jeng jeng…

Ofkos la NEGATIVE! Kihkihkih..then aku gugel.. kalau nakc ek waktu petang seeloknye jangan minum air 2 jam sebelum nak buat UPT.  Haa… budak degil tak nak dengar kata orang…hihihi…
Senyap2 lagi aku bawak balik ke rumah,tak cite lagi nih dengan husband yang aku dah beli UPT! 

Hihi.. sebab aku nak cek esok nye pepagi..kalau positif aku bajet2 nak buat surprise nak snap gambo then hantar ke wasep dengan description “hai daddy to be!!” ececeh..tpi pagi tu aku cek result macam samar2. Line kedua tu cam nak taknak muncul. Aku pulak macam yakin tak yakin je, ni double line ke single line ni..

Bile dah gitu, aku pun batalkan la niat nak meng-surprisekan husband aku. Kecewa hokey! Tu la husband dah kata,jangan cek awai sangatkan! Memang dapat jawapan yang kecewa pun. Huhu.. Tapi aku tetap rasa yang aku MEMANG PREGNANT! Instinct aku kuat gila rasa yang aku memang pregnant. Hari2 gugel tanda2 orang mengandung cemana. HAHAHA. Dan mostly tanda2 ada pada aku.

23 Feb 2015, time ni dah memang lama gila aku tak datang period since last pada 29 Dec 2014. Aku kabo ke husband yang aku nak beli UPT! Okay,kali ni aku berterus terang dengan dia. Dan husband pun sokong suruh beli sebab dia pun macam rasa aku pregnant. Yela dah dekat dua bulan tak datang bulan, sebab aku ni jenis period yang teratur! Tak pernah lagi aku tak datang period walau sebulan.

Balik rumah dah petang, hati melonjak nak cek..tapi buat cool lagi dan tahan diri! Takut result macam first time cek memula dulu kan..So tak berani nak cek petang2 lagi dah. Hahaha. Lebih afdhol cek pepagi bangun tido,kencing yang pertama tu kite buat UPT! Baru kepekatan HCG dapat detect.

24 Feb 15 - Okay, aku memang biasa bangun 3 ke 4 pagi sebab perut aku penuh nak terkencing. Sanggup hokey pepagi buta betul dalam jam 3 lebih dekat pukul 4 kot if tak silap aku terjaga dan amik UPT dan buat test! Time nak tunggu jadi double line tu haruslah jantung dup dap dup dap lagi!! Kihkihkih.. And finally! YES! DOUBLE LINE! Huh! Tapi masa tengok doubleline tu aku duk menung balik.. betul ke ni aku pregnant?? Aku macam blurr sekejap.Lama gak rasa macam duk kat dalam toilet tuh..

Ni haa result masa aku cek!
Tengokkk! DOUBLE LINE! I'M PREGNANT =')


Then aku masuk bilik,aku kejut husband. Die mamai kot dan aku pun dengan tak sabar bagitahu die yang aku dah buat test dah dan DOUBLE LINE. Husband Tanya, “Double line tu ape?” Hahaha.. aku kabo “Double line tu tanda Sab pregnant la sayang!”

That moment bila bagitahu husband yang kite ni pregnant adalah moment yang paling aku tak lupe..Husband peluk dan kiss dahi..mata lelap sambil mulut tak lekang senyumm lebar gile..Yela,pepagi buta kan..Subuh pun tak masuk lagi..Kami pun sambung tido dengan rasa happy =’)

Bila dah bangun tu, kami laki bini memang nak MC pun sebab dedua macam nak demam dan nak pergi buat scan untuk pertama kali nye nak tahu berapa minggu dah anak ibu ni dah ada dalam perut . Eksaited gile hokey!!!

Sebelum nak keklinik, husband Tanya aku lagi.. “yeke ni Sab pregnant?? Cube buat test lagi sekali” ..Arrgghh sudah,die ni saje nak spoilkan mood happy aku. Nasib aku beli UPT yang sama macam first time beli tu.Ada dua dalam satu paket.. Aku pun cek lagi, ofkos la jantung laju lagi sekali kot2 kali ni keputusan bertukar pulak kan!

Dan taddaaaa! Dedua POSITIVE!! So..apa lagi..dah confirm ai pregnant la sayang..jom pi cek doktor! :D

Dua UPT Test yang di buat! Dan dedua POSITIF =')


Sesiap,naik motor pulak tu pi klinik.. Tapi kali ni husband aku bawak motor pun slow2..berhemah je..hihi..malang tak berbau kan….

Accident… Cemana aku eksiden tu malas la nak cerita dan yang penting memang kereta tu yang salah. Masuk simpang tak bagi signal dan die tak tengok side mirror kiri kanan la kot.. Hentam kaki aku =’(

Can you imagine? Aku baru je HAPPY bile dah POSITIVE UPT, masa kena hentam  dengan kereta tu tangan aku memang pegang perut terus..husband aku dapat control motor daripada terjatuh ke jalan.. sampai ke klinik pun belum lagi..masa tu aku dah risau kandungan aku cemanaaaa….. Sedih..kalau aku terhempas kat jalan tu aku rasa memang aku dah berlumuran darah terus gugur…=’)


Selepas selesai prosuder dekat Hospital Sg.Buloh,dan kaki aku pun dah bersimen.. Aku dengan husband pergi semula ke Hospital Swasta tuk buat check up perut! Hampeh Hospital Sg.Buloh ni..aku dah kata aku pregnant pun die taknak cek kan keadaan perut aku!ggrrr..

So,pergi hospital swasta dan scan..Doc tu kabo takde pape.. Nampak kantung bby.. dan di sahkan pregnant 5 weeks pada 24 feb 2014 (Should be 8 minggu based on pada LMP,maybe ada silap calculation masa last period) Aku dengan husband ofkos la happy bila dapat tahu keadaan anak kitorang baik!!!! =))

Masa kaki patah ni, tengok gambo ni hilang semua sakit =')
*Sebak*


Next entry,aku akan cerita macam mana pulak kandungan aku mula spotting dan bleeding dan akhir sekali aku miscarriage..

Kena sesiap taip entry sambil takung air mata =’))

Jumpa lagi next entry,insya Allah.

Siti Sab's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah