Thursday, October 16, 2014

TOP 50 CABARAN SHAYLANISTA BY SAFI MALAYSIA

Salam,

Mesti ada yang dah tahu kan, Safi Malaysia ada buat penyertaan terbuka hari tu yang di panggil boot camp "Cabaran Shaylanista"untuk wanita berhijab.


Aku ternampak dekat blog Yuyu Zulaikha kot pasal ni. Mata aku ni takda nampak mende lain. Cuma HADIAH WANG TUNAI tu yang menjadi aku tertarik nak join. 

Sebenarnye, to be honest aku tak tahu pun mende ni tuk REALITI SHOW di TV9. kahkahkah.. Aku nampak duit ja. So, dengan rakus hantar details penyertaan.

Dalam pukul 12 lebih malam rasanye dapat panggilan telefon dari Kak Ara (TV9 / MQ Production) yang mengatakan aku terpilih dalam 50 peserta untuk menyertai boot camp Cabaran Shaylanista ni. Engko bayangkan la dapat call memalam gitu dengan pakai no handphone. Aku curiga kot memula. 

Boleh caya ke nih? entah2 saje nak kencing aku. kihkih.. Tapi aku buat relax lagi. Aku pun tak ingat bila masa aku ade hantar penyertaan. Dengan gelojoh pi cek balik sent item dalam email aku. Oh.. ada rupanya.. Betul la nih.. 

Kabo ke tunang aku pasal mende ni. Die kabo join je la. Mana la tahu kan ade rezeki. Dapat sokongan, terus bersemangat ni shopping baju dan seluar sukan. 

Serious talk, aku dah 5 tahun tinggalkan pakaian sukan. Time sekolah je aku aktif sana sini. Olahraga, Bola Baling, Bola Jaring, Hoki semua bagai memang muke aku and team je yang ada. Dengar aktiviti lasak syampu Shayla ni buat.. aku pun eksited join. 

Ni sebahagian peserta yang terlibat
Cari aku mana!

* Sedih jugak sebenarnye sebab takde pun gambo aku selfie
Semua nye gambar aku menyelit sana sini dekat kamera orang
sobs sobs*

Aku tak ingat la lokasi camp ni di buat kat mana! aduiyaii.. just ingat dekat Hulu Langat je.. short term betul memori aku nih. Aiyaakk.. Pada 1 Oktober 2014, boot camp ni di jalan kan. Berkumpul di Bukit Jalil jam 6 pagi, betolak dalam jam 7. Sampai dalam jam 8 lebih.

Masa berkumpul tu kan, aku tengok kiri kanan.. Makk aiiihh.. MAJORITI semua LAWA-LAWA!! Kerdil tetiba. kihkih. Muka MIX ramai betul hari tu. 

Aktiviti yang kitorang buat adalah.. walking bridge, flying fox, wall climbing dan buat rakit dan berkayak. Semua ni aku dah buat time PLKN except wall climbing lah. 

Aku dah lama tak join aktiviti bergaul2 dengan orang ni. Jadi hari tu, hobi aku adalah jadi pemerhati. Aku tengok orang tu, tengok orang ni. Aku tak kenal langsung peserta yang terlibat hari tu. Sobs. Tapi takde la aku tak bercakap langsung. Aku berbual jugak la.. Tapi maluuuuuu.. kahkahkah. *tampo pipi* malu la sangat.. puuuii


*gambo pun belas ihsan dari IG diorang, sedih*

Ini antara rakan-rakan yang aku kenal :)
Semua cantik2


Ini gambar time berkumpul nak balik
Kami satu team dan satu bilik jugak :)

Meski aku TAK TERPILIH dalam 16 orang peserta terbaik, tapi rasa happy jugak sebab ada kengkawan baru. Pengalaman baru. 

16 orang peserta terpilih ni diorang akan terlibat untuk program realiti show di TV9 selama 8 episod. Korang nanti tengok ye! Tak silap setiap hari Ahad jam 9 malam kot baru rancangan di tayangkan.
Sekarang ni diorang tengah sibuk shooting untuk 8 episod. 

Siapa yang akan berjaya?? Surpriseee! aku pun tak tahu siapa. Tak sabar nak tengok diorang dalam TV nanti. Fuhh..siapa la dapat hadiah wang tunai RM20K tu.. Banyaakk jugaakk tu weihhh..

Wajah-wajah peserta 16 terbaik Cabaran Shaylanista
TAHNIAH awak-awak semua :)

Semua cantik kan?
K
*nangis*

Aku sensetip tengok pempuan lelawo ni

Sebenarnye SAFI banyak jugak buat contest. Korang boleh usya dekat fanpage Safi dekat sini Click Here . Rajin2 la usya ye. Kot2 lepas ni ada lagi contest yang Safi buat!! ;)

Last but not least, mintak izin ya guna gambar2 dekat IG korang. Terima kasih.

Okay la.. itu sahaja coretan aku untuk hari ini.

Assalamualaikum.











5 comments:

amanina nasuha said...

aii pown da terlibat dgn safi syaila ni..hahaha..ala x pe da tersenarai dlm 50 pown da mantoppppp..hehehhe

Unknown said...

tahniah !!

Barniyah Ammara said...

Tak apa tak terpilih, pengalaman tu yang penting kan? Tapi kira hebat jugalah, dalam banyak-banyak penyertaan, akak terpilih jadi Top 20. ;)

hero said...

Eh yg kumpuln B tadi yg rendah sket sapa nama dia ek?2hb 11

Cik Fafa said...

haha. saya pun hantar gak details. walaupun tak aktif tapi saja nk try luck. hehe
tahniah la at least dapat jugak jadi top 50. ^_^

Siti Sab's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah