Monday, January 12, 2015

Nasihat selepas berkahwin

Salam,

Dah kawen, kire boleh la kan bagi nasihat? Hihihi

Dak la.. ni just nak kongsi nasihat2 yang aku dan suami terima selepas kami nikah hari tu. Banyak yang aku terima adalah perkataan "Sabar".

Sabar! Nama aku sendiri dah Sabariah, tapi tu tak bermakna aku seorang yang penyabar la sangat! kan! Haha. Husband je faham. :p

Tapi bile fikir balik, memang kena banyak bersabar. Bukan dari segi kawal emosi, tapi kena banyak bersabar dalam banyak perkara. Lepas kawen ni banyak benda aku belajar. Fuhh..

-my lovely Bonda-

Mak, selalu je pesan dengan aku.

"Dah ada suami ni, jaga makan pakai die. Bangun awal! Mandi pepagi!"

HAHA. Mak tahu sangat perangai aku cemana. Ye Mak, adik cuba. Adik cuba. aherherher. Sobs, tetiba rindu dengan Mak.. Hari tu demam, balik kg terus elok demam aku. Nampak tak? Rindu Mak ='(

Okay banyak rasa nye ni boleh kembangkan lagi perkataan "SABAR" ni. To be honest, husband lagi banyak bersabar daripada aku. Aku ni kadang bile cari barang tak jumpe pun cepat je rasa nak bengang. Aku bukan bengang dengan husband, tapi bengang dengan barang tu!! Mana dia menyorokkk! Ggrr.. 

Nak mule kan kehidupan yang baru ni sebenarnye banyak cabaran. Serius, banyak cabaran. Kami berdua bukan daripada family yang kaya raya. Tidak! Banyak benda kami mula dari "0". Honeymoon terpaksa postpone bila semua dah complete. 

Sabar. Ye, kena bersabar. Selalu kabo dengan husband, nak pi travel. Tapi keperluan kami kena utamakan mana yang penting dahulu. Insya Allah, kami yakin dengan rezeki Allah. Support each other, itu yang penting. See, kena bersabar lagi kan? Nampak tak pentingnye sabar.

So encik Suami sila bangga dapat wife macam Sab ni. Power dalam kesabaran. hihihi.

-mak dan abah mertuaku-

Pesanan mak dan abah mertua aku pulak ialah kena banyak TOLAK ANSUR! 

Husband aku ni lepas kawen, aku perati dia banyak berubah dah. haha. Kalau dulu ada salah faham sikit, die payah hokey nak mengalah. Nak menang saje. Eh, nak lawan dengan aku yg nak menang selalu jugak memang kadang kalau gaduh tu rasa nak lari jauh2 (sebelum kawen).

La ni bila ada pape, husband macam diam. Entah, mungkin dia malas nak layan kot benda yang remeh2 pun nak bertekak. Dia sapkok tang main talipon duk baring tengok TV. Lepas tu aku pun bebuat mengada tetiba macam takde ape berlaku kheenn.. Eh, malas la nak masam muke. hihi.

Gaduh sikit2 tu orang kata itu biasa. Banyak benda kena explore lagi nih. Kena tolak ansur banyak benda, contohnye nak beli tirai. Nak beli colour mana? Ikut taste aku ke taste husband? HAHA. 

-Love you forever and ever-

Haa.. nampak, dah kawen ni banyak pulak post pasal husband. hihi. 

Dear my great husband, semoga kita berdua mampu sabar, bertolak ansur dan tabah melayari alam rumah tangga ni. I'm always be with you. Ececeh..

Solat! Moga kita menjadi suami isteri yang soleh dan solehah. Insya Allah pegang pada jalan Allah, dunia akhirat kita bahagia. Please be my imam till jannah.

Notatangan : Thanks Allah. Alhamdulilah.



10 comments:

Su Hamid said...

Tahniah sab. Moga rumahtangga yg dibina dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah. InsyaAllah.

Azghen said...

Cari barang tak jumpa pastu bengang... sama la kite. Hahaha!

Syira Lokman said...

SELAMAT MALAM..RINDUNYA NAK BLOGWALKING....LAMA TAK SINGGAH SINI..
JOM TERJAH BLOG SYIRA - PENCARIAN SPONSOR :D

Cik Ash said...

selamat pengantin baru siti sab... semoga berbahagia ke akhir hayat nanti...

namasayatihah said...

Omg...u r married now...congratulation!!

Semoga bahagia till jannah in shaa Allah..:)

mujagirl92 said...

terima kasih sgt sab bgi nshat ni.. ver useful for me seriously

Prince of Noob said...

tahniah dan terima kasih atas nasihat. dah follow blog puan, follow saya juga :) - Noob

Papaglamz said...

Congratulation.. Mmg sangat2 betul tu mama sab.. Huhuhu.. SABAR...!!!!

Anonymous said...

Cantiknya awak , anyway semoga kekal sampai syurga . Jadi isteri y solehah n penyejuk mata suami ;)

Unknown said...

nak juga kawen, tapi lepas baca entry ini makin berkobar nak kahwin. haha

Siti Sab's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah