Thursday, October 16, 2014

TOP 50 CABARAN SHAYLANISTA BY SAFI MALAYSIA

Salam,

Mesti ada yang dah tahu kan, Safi Malaysia ada buat penyertaan terbuka hari tu yang di panggil boot camp "Cabaran Shaylanista"untuk wanita berhijab.


Aku ternampak dekat blog Yuyu Zulaikha kot pasal ni. Mata aku ni takda nampak mende lain. Cuma HADIAH WANG TUNAI tu yang menjadi aku tertarik nak join. 

Sebenarnye, to be honest aku tak tahu pun mende ni tuk REALITI SHOW di TV9. kahkahkah.. Aku nampak duit ja. So, dengan rakus hantar details penyertaan.

Dalam pukul 12 lebih malam rasanye dapat panggilan telefon dari Kak Ara (TV9 / MQ Production) yang mengatakan aku terpilih dalam 50 peserta untuk menyertai boot camp Cabaran Shaylanista ni. Engko bayangkan la dapat call memalam gitu dengan pakai no handphone. Aku curiga kot memula. 

Boleh caya ke nih? entah2 saje nak kencing aku. kihkih.. Tapi aku buat relax lagi. Aku pun tak ingat bila masa aku ade hantar penyertaan. Dengan gelojoh pi cek balik sent item dalam email aku. Oh.. ada rupanya.. Betul la nih.. 

Kabo ke tunang aku pasal mende ni. Die kabo join je la. Mana la tahu kan ade rezeki. Dapat sokongan, terus bersemangat ni shopping baju dan seluar sukan. 

Serious talk, aku dah 5 tahun tinggalkan pakaian sukan. Time sekolah je aku aktif sana sini. Olahraga, Bola Baling, Bola Jaring, Hoki semua bagai memang muke aku and team je yang ada. Dengar aktiviti lasak syampu Shayla ni buat.. aku pun eksited join. 

Ni sebahagian peserta yang terlibat
Cari aku mana!

* Sedih jugak sebenarnye sebab takde pun gambo aku selfie
Semua nye gambar aku menyelit sana sini dekat kamera orang
sobs sobs*

Aku tak ingat la lokasi camp ni di buat kat mana! aduiyaii.. just ingat dekat Hulu Langat je.. short term betul memori aku nih. Aiyaakk.. Pada 1 Oktober 2014, boot camp ni di jalan kan. Berkumpul di Bukit Jalil jam 6 pagi, betolak dalam jam 7. Sampai dalam jam 8 lebih.

Masa berkumpul tu kan, aku tengok kiri kanan.. Makk aiiihh.. MAJORITI semua LAWA-LAWA!! Kerdil tetiba. kihkih. Muka MIX ramai betul hari tu. 

Aktiviti yang kitorang buat adalah.. walking bridge, flying fox, wall climbing dan buat rakit dan berkayak. Semua ni aku dah buat time PLKN except wall climbing lah. 

Aku dah lama tak join aktiviti bergaul2 dengan orang ni. Jadi hari tu, hobi aku adalah jadi pemerhati. Aku tengok orang tu, tengok orang ni. Aku tak kenal langsung peserta yang terlibat hari tu. Sobs. Tapi takde la aku tak bercakap langsung. Aku berbual jugak la.. Tapi maluuuuuu.. kahkahkah. *tampo pipi* malu la sangat.. puuuii


*gambo pun belas ihsan dari IG diorang, sedih*

Ini antara rakan-rakan yang aku kenal :)
Semua cantik2


Ini gambar time berkumpul nak balik
Kami satu team dan satu bilik jugak :)

Meski aku TAK TERPILIH dalam 16 orang peserta terbaik, tapi rasa happy jugak sebab ada kengkawan baru. Pengalaman baru. 

16 orang peserta terpilih ni diorang akan terlibat untuk program realiti show di TV9 selama 8 episod. Korang nanti tengok ye! Tak silap setiap hari Ahad jam 9 malam kot baru rancangan di tayangkan.
Sekarang ni diorang tengah sibuk shooting untuk 8 episod. 

Siapa yang akan berjaya?? Surpriseee! aku pun tak tahu siapa. Tak sabar nak tengok diorang dalam TV nanti. Fuhh..siapa la dapat hadiah wang tunai RM20K tu.. Banyaakk jugaakk tu weihhh..

Wajah-wajah peserta 16 terbaik Cabaran Shaylanista
TAHNIAH awak-awak semua :)

Semua cantik kan?
K
*nangis*

Aku sensetip tengok pempuan lelawo ni

Sebenarnye SAFI banyak jugak buat contest. Korang boleh usya dekat fanpage Safi dekat sini Click Here . Rajin2 la usya ye. Kot2 lepas ni ada lagi contest yang Safi buat!! ;)

Last but not least, mintak izin ya guna gambar2 dekat IG korang. Terima kasih.

Okay la.. itu sahaja coretan aku untuk hari ini.

Assalamualaikum.











Friday, October 3, 2014

Giveaway Pertama SitiSab

Salam,

Bismillahirahmannirrahim, untuk pertama kali ni nak buat giveaway! Debo rasa.. Harap korang2 semua sudi join!

Hadiah wang tunai Sab buat, menarik ke dak? Mudah je kan.. buat entri dekat blog dan menang hadiah WANG TUNAI! Fuyyoo.. buat entri je, insya Allah dapat duit! Okay.. Cara2 sangat mudah! Sila baca ye dengan teliti :)

SYARAT PERTAMA!!!

1. FOLLOW SitiSab's Blog tau!
 (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!) 

2. Copy PICTURE di atas ni dan link kan ke SitiSab's Blog 
(Link kan ke entri "Giveaway Pertama SitiSab")

3. Sila letak TITLE entri dengan "Giveaway Pertama SitiSab" ye.

4. Sila TAG kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye!
(minimum 3 orang!)

5. Sila TINGGALKAN LINK anda tentang "Giveaway Pertama SitiSab" di ruangan komen entri ini 
(Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira)

- Haa.. senang je kan syarat2 yang pertama ni -

SYARAT KEDUA!!!

Anda TIADA BLOG tapi nak jugak join "Giveaway Pertama SitiSab"?

JANGAN RISAU! :)

Sila baca syarat2 untuk warga Facebook pulak ya ^_^

1. Klik like pada Fanpage SitiSab

2. Dekat wall fanpage tu sila POST/UPLOAD picture di atas 
dan copy link di bawah ni


EXAMPLE :


okay.. faham kan? kalau tak faham leh tanya ye :)

3. Sila TAG kan dengan kawan2 FB korang tuk join jugak giveaway ni tau!
Diorang pun kena buat benda yang sama jugak.


Additional T&C 

- Kalau korang buat salah satu syarat seperti syarat di atas, nama korang akan tersenarai
Kalau buat dedua syarat sekali, nama korang tetap jugak tersenarai. ^_^

Giveaway ni bermula pada hari ini! 

( 3rd October 2014 - 3rd November )
-mungkin akan di pinda juga ye-

HADIAH??

Haa.. seperti banner picture di atas la
RM 100 untuk pemenang yang bertuah!!

Senang! Update dan tag kawan!
Yeahh! Apa tunggu lagi kan? 

Cabutan bertuah akan di lakukan oleh Sab sendiri :)


Monday, September 29, 2014

Sedikit Coretan.

Salam,

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala rezeki yang di beri.

Tak banyak yang ingin di coretkan, cukup melepaskan sedikit kerinduan nak menaip di blog kesayangan yang menyimpan beribu kenangan manis dan pahit. Meski banyak yang aku dah deleted, tapi biarlah.. Aku anggap je itu semua langkah ke arah lebih baik mungkin? :)

Aktiviti aku seperti biasa dari hari Isnin-Jumaat akan sibuk di pejabat. Update blog ni pun bila ada waktu lapang curi2 kejap online! Haiipp! Jangan ikut k perangai gini. HAHA.

Weekend sekarang memang busy, menyiapkan segala persiapan yang perlu di lakukan. Tengok pada kalendar, taknak bilang.. Tapi cukup buat hati aku mendebarkan. I dont know why (Padahal memang know sangat2!) :p

Moga semua di permudahkan dan berjalan tanpa halangan. Harap Allah meluaskan lagi rezeki yang di beri. Amin Amin dan Amin.

Perjalanan hidup sekarang selain badan punye size semakin berkembang, umur makin meningkat.. Tapi Alhamdulilah, Allah mengurniakan wajah yang tampak lebih muda daripada Tunang aku. HAHA. (confirm die sengih baca statement ni! kan sayang? :p)

-incek tunang, belanje sikit-


Okay la, ada beberapa perkara yang pelu aku fokus dan utamakan dahulu. Business Online kena slow sikit,ada masa aku update, takda masa memang sepi dan menyepi.. tapi korang boleh je whatsapp aku ke 0182098070 untuk buat order Lipstick. Belian secara borong ke.. haaa.. masih di layan :)

Orait, setakat ini sahaja coretan selepas blog berwajah baru. Yeayy.

Notatangan : I love my life. xoxo :*





Saturday, June 14, 2014

Tentang Astrusted 07062014

Salam,

Tarikh 7hb June 2014, Syukur ya Allah.. Syukur Alhamdulilah.. Seorang Siti Sab sudah mengikat tali pertunangan dengan Mohd Nor Afif bin Mohd Khir..banyak benda yang berlaku.. banyak benda yang terjadi.. Namun, aku anggap ini semua Allah telah menentukan.. Kebahagiaan.. Alhamdulilah.


- future mother in law, insya Allah.. amin-

Ikut hati nak bertunang time my birthday 28 June(konon hadiah paling bermakna),tapi 29 June kan di jangka akan berpuasa.. takut mengganggu persiapan nak berpuasa je..

Banyak benda aku belajar dari benda yang lalu.. Syukur.. Allah ada..

Terima kasih wahai bakal imam.. Cerita ini,cerita itu..biar aku dan dia saja yang tahu... Apa yang di masa kini dan masa depan yang bakal kami tempuh.. Harap kita berdua cekal menempuh..


- iLy -

Jarang sangat dan terlalu payah rasanye nak cerita tentang dia yang ada di dalam hati.. Banyak post gambar berdua pn dalam instagram je. hihi.. Tentang dia..Aku tak tahu nak cerita bagaimana.. Dari bila aku dan dia mula jatuh hati golek golek pun aku tak sedar..Cinta kan buta? :p

Ted..Ni nickname dia yang aku kenal dari mula..(Twitter)..Dan kalau kami berbual pun.. Jarang aih.. nk guna perkataan manja2.. dia panggil aku "Sab".. aku panggil dia "Ted"..Ni terfikir ni..lepaih kawen nti ni..aku nk panggil dia apa? HAHA.. "Abang"? Errrr... Cemana Ted? Rela dak Sab panggil Ted "Abang"?? Maigodd...Bile imejin aku panggil dia gitu.. Aku syak... Ted sendiri naik bulu roma..wakakakaka.

- Lovebirds la konon -
- Thank you Ezylovelycraft for this cute pillow -

AYAT MANIS?? Tak..Ted tak reti langsung ayat manis..Kadang aku taip dengan sepenuh hati ni.. "aku cinta padamu setengah mati.. aku merindukanmu setengah mati....blaa..bla..bla.." Dia balas kadang aku tak tahu la nak rasa cemana.... "ye sayang..Ted pn macam tu jugak".. OH..-__-

Sebab kadang aku expect die akan balas dengan ayat jiwang jugak! HAHAHA..tapi kirim salam la! Paling pernah sentap dalam,die reply ke aku.. "Ni pengaruh drama korea banyak sangat ni"

Can you imagine? Aku punye la sweet gile.. die reply macam tu.. and i was like...,GGggggrrr...

You know what.. sometimes, bila duk termenung.. jauh sudut hati..Bersyukur dengan siapa aku bersama sekarang..Bila bergaduh tuh..biasa la..ade je mende tak puas hati..tengah marah kan.. kadang kite ni kalau boleh nak partner tu ikut je kehendak kite..



- you're my happiness-
- Thanks Allah -

Tapi sekarang ni.. Bila kami berdua dah decide nak ke alam baru..Teringat pesan mak ayah dia.. Nak kahwin ni..kena banyak tolak ansur.. Before kami nak tunang ni pun banyak sangat dugaan dan cabaran... Ted pun selalu nasihat dan ingatkan balik... "Give and Take".. insya Allah..

Ada yang tanya aku.."Tak terlalu awal ke Sab nak kahwin dan buat keputusan ni dan dah bersedia ke?" ... "Dah puas enjoy ke Sab?"...

First, bersedia tuh..Aku tak tahu la nak jawab macam mane..Kadang terfikir..yakin ke aku ni nak jadi isteri orang? boleh ke aku terima ahli keluarga baru? Soal yakin atau tak ni..pada aku..takde masalah.. Doa banyak2 pada Allah..kalau itu terbaik untuk aku.. Permudahkan la segalanya.. Berikanlah ketetapan dalam hati untuk melakukannya.. Yakin dengan Allah :)

Second, enjoy?? nak kata aku baik..tak jugak..nak kata aku dah puas enjoy..tak jugak.. tapi sampai tahap mana je enjoy tu boleh pergi? Kita sebagai manusia ni..hidup apa tujuan? Aku pernah berada dalam situasi yang "enjoy" semua bagai ni..Tapi..ape yg aku perasan...Hati aku tak tenang...sampai satu tahap.. aku nekad.. "Isskk... tak leh jadi ni..bukan ini jiwa aku"...

Atas dorongan dari Ted.. Alhamdulilah.. Syukur ya Allah..=')

Aku pegang prinsip ni..."Orang yg baik akan dapat pasangan yg baik"

Istiqamahkan la aku,Allah. Insya Allah.. Moga niat yg baik ni.. Allah permudahkan segalanya.. Mintak murah rezeki.. moga di beri kekuatan.. Amin



- My BFF till jannah,insya Allah-
Thank you sebab sudi datang dari jauh! I Love both of you!
Belah kiri dah selamat jadi bini orang bulan Mei lepas
Belah kanan, dah selamat melahirkan seorang bayi
Next is my turn! Insya Allah.. Amin 

- Wakil dari HASABUMIZATI -
Nama geng kami time sekolah! hikhik
Thanks sayang sebab teman dari awal sampai habis majlis..
Zati and Umi tak dapat menghadirkan diri
takpe,kawen nanti korang kena confirm datang!! ;)





- Thank you Atih sebab jadi photographer tak berbayar :p -
Sebenarnye payoh sikit bile abg2 kau photographer ni
Date kena bgtau awal dgn diorang
takut bertindan dengan diorang punye customers
Ni pun bangchik takde time aku tunang 
Sebab dia ada job wedding jugak on that day :'(




- With future family, Insya Allah -




- Dua belah kanan, jiran rapat keluarga aku -
Makcik2 kaki gosip nih..Haha
Sebelah aku (tudung biru) 
my sister in law yg bertanggungjawab make up aku
Hujung sekali,my sister 





- With my nieces and nephews-
Sume dah gedabak besar -.-
Memasing dah sibuk nak design baju time my wedding nanti
LOL





- Cinta burung biru -
Mini simple pelamin by my sister
Nasib le kakak aku ni ex mak andam n butik pengantin
Ni sume idea die yg buat..I like!
Thank You Kak Lang




- Risik plus tunang punye cincin-
Cincin ikat :)
Tak sebulan lagi woi.. 
Cincin mule ketat dah.. makin berisi gua ni :(


- Orang kuat dalam hidup aku-
My mother! Love you mom :')




- Hand Bouquet by me -
Flower crown by me 

Terima kasih buat ahli keluarga yang banyak sangat bantu time majlis pertunangan hari tu..Memasing kabo dah,ni kalau kenduri kahwin.. lagi penat diorang..HAHA.. ape tak nye.. majlis aku hari sabtu..dari hari Rabu lagi tau rumah aku dah ramai orang..

Bila kami akan melangsungkan perkahwinan... Itu masih belum dapat tarikh lagi.. walau apa apa pun.. Doakan la urusan perkahwinan kami di permudahkan oleh Allah.. Satu tanggungjawab dan persiapan lagi perlu di pikul..Fuhh.. Moga Allah memberkati.. Amin

Notatangan : Mohd Nor Afif Mohd Khir, iLy and iMy rite now :(




Saturday, May 31, 2014

Ingin Ber Blog semula.

Salam,

Seperti biasa, "Sign In Blog".. perati dashboard... Hurmm.. Dashboard aku pn dah tak kencang macam dulu dulu... Tekan "New Post"...*tenung lama*... "apa benda aku nak update?".. Pasal kerja? Hurmm... Memang tk muat la satu dua entri.. Pasal Cinta kah?.. Takpa.. simpan dulu manis2 dalam hati.. Pasal kehidupan seharian kah?.. Lorh..Hidup aku skg, kerja makan tidur dan bercinta je..semua aku tak nak cite..

Okay la..okay la..Cite sikit..

Ni macam mana entah nak rajin balik update blog ni woi... Hari tu IMAM MUDA SAKIRIN yg beriya nak update satu hari satu entri..Baru2 ni pulak AMAL LELA dh tukar domain.. Aku punye blog apa yang baru? *krik krik krik*

Memasing poyo je bile jumpe.. "Jom la aktif balik woi".. Penyudah...... ZZzzzzz.....

Orait! Nak share sikit moments dalam tahun 2014 ni... Alhamdulilah banyak tak banyak la..Tapi boleh la..

- Alhamdulilah.. Lama tk meet up-
BBQ With them at Kemensah

-Yeayy! paien dah kawen!-
-Yeayy! Kecik dah ade baby!-
Me and Ayu..Yeayy.. Rindu nye time diploma dlu :'(

Neway..tahniah kepada para sahabat2ku sekalian.. 

Hari demi hari..Pejam celik dah tak lama.. Allah semoga semua di permudahkan.. Ingin bahagia dunia dan akhirat,itu yang di ingini.. Amin ya rabb...

Notatangan : Dugaan dan cabaran,kadang jatuh.. Mohon istiqamah wahai hati... Allah ada.:')

Sunday, February 2, 2014

Entri pertama 2014.

Salam,

Fuhh.. Alhamdulilah, masih di beri kesempatan untuk bernafas dalam tahun 2014. Masih berkesempatan untuk aku bukak blog dan menaip entri... Tetiba rasa power!! Sebulan dah berlalu untuk tahun 2014 ni. Woii.. cepat gilaaa masa berlalu...

Bila usia makin meningkat ke satu angka.. mula la rasa macam tak nak mengaku dah nak tua.. isk isk.. macam tak percaya je tahun ni dah nak umur 23 tahun.. dush dush.. rasa nak tibai muka sendiri.. pehal entah tak nampak macam 23 pun!!

Pejam celik, bapak laaa!! gila ramai kawan2 dah ada suami di sisi.. dah ada isteri di sisi.. Jangan nak tanya soklan "Engko bila Sab?" laa.. tunggu je la kad undangan atau event di FB aku create kan nanti.. Sibuk tanya bila aku nak kawen, bila di jemput tak pulak datang.. gggrrr...

Lifeless gila rasa skg.. lagi2 weekdays la.. mata celik, masuk opis kerja macam gila.. balik rumah hari dah gelap.. mula nak pejam mata.. kalau dlu, even weekdays pn aku buat macam weekend! nampak tak masa mematangkan aku.. kengkawan jangan nak kata aku sombong.. relax.. Siti Sab tk pernah lupa member! Always in my heart okay.



Alhamdulilah, bila ada kesempatan
akan cuba luang masa dengan kawan2 zaman diploma dlu.
Serius rindu depa semua. =')


Semenjak dua menjak ni, semenjak bahagia ada pakwe di sisi.. Ramai betul tegur aku dah gemok. Aku mula la rasa tak senang duduk. Tapi yelaa.. cubit pinggang aku sendiri pun dah rasa lemak berketul2.. bapakk ahh.. Impian nak sit up dan bersenam entah bila nak tercapai..

Lagi sekali aku rasa power, sebab macam panjang entri aku kali ni.. Siapa entah nak bace? Dont worry, salah sorang stalker aku yang ohsem ofkos la pakwe aku..

Die tk reti kemho pun kabonye
tapi bile aku takde 
pandai tetibe die kemho sendiri dalam keta and i was like.. errmmm K!

Lama tak menjiwang dalam  blog.. macam mane entah nak bagi ayat2 cinta kat kekasih hati... kadang puas aku puitis dalam whatsapp, pakwe tak reti nak membalas.. kakakaka.. rasa macam syok sendiri.. nak tampar pun ade.. okay la okay la.. tak cite pasal pakwe lagi dah..

Notatangan : Bestnye dapat update blog T_T

Siti Sab's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah