Monday, January 12, 2015

Nasihat selepas berkahwin

Salam,

Dah kawen, kire boleh la kan bagi nasihat? Hihihi

Dak la.. ni just nak kongsi nasihat2 yang aku dan suami terima selepas kami nikah hari tu. Banyak yang aku terima adalah perkataan "Sabar".

Sabar! Nama aku sendiri dah Sabariah, tapi tu tak bermakna aku seorang yang penyabar la sangat! kan! Haha. Husband je faham. :p

Tapi bile fikir balik, memang kena banyak bersabar. Bukan dari segi kawal emosi, tapi kena banyak bersabar dalam banyak perkara. Lepas kawen ni banyak benda aku belajar. Fuhh..

-my lovely Bonda-

Mak, selalu je pesan dengan aku.

"Dah ada suami ni, jaga makan pakai die. Bangun awal! Mandi pepagi!"

HAHA. Mak tahu sangat perangai aku cemana. Ye Mak, adik cuba. Adik cuba. aherherher. Sobs, tetiba rindu dengan Mak.. Hari tu demam, balik kg terus elok demam aku. Nampak tak? Rindu Mak ='(

Okay banyak rasa nye ni boleh kembangkan lagi perkataan "SABAR" ni. To be honest, husband lagi banyak bersabar daripada aku. Aku ni kadang bile cari barang tak jumpe pun cepat je rasa nak bengang. Aku bukan bengang dengan husband, tapi bengang dengan barang tu!! Mana dia menyorokkk! Ggrr.. 

Nak mule kan kehidupan yang baru ni sebenarnye banyak cabaran. Serius, banyak cabaran. Kami berdua bukan daripada family yang kaya raya. Tidak! Banyak benda kami mula dari "0". Honeymoon terpaksa postpone bila semua dah complete. 

Sabar. Ye, kena bersabar. Selalu kabo dengan husband, nak pi travel. Tapi keperluan kami kena utamakan mana yang penting dahulu. Insya Allah, kami yakin dengan rezeki Allah. Support each other, itu yang penting. See, kena bersabar lagi kan? Nampak tak pentingnye sabar.

So encik Suami sila bangga dapat wife macam Sab ni. Power dalam kesabaran. hihihi.

-mak dan abah mertuaku-

Pesanan mak dan abah mertua aku pulak ialah kena banyak TOLAK ANSUR! 

Husband aku ni lepas kawen, aku perati dia banyak berubah dah. haha. Kalau dulu ada salah faham sikit, die payah hokey nak mengalah. Nak menang saje. Eh, nak lawan dengan aku yg nak menang selalu jugak memang kadang kalau gaduh tu rasa nak lari jauh2 (sebelum kawen).

La ni bila ada pape, husband macam diam. Entah, mungkin dia malas nak layan kot benda yang remeh2 pun nak bertekak. Dia sapkok tang main talipon duk baring tengok TV. Lepas tu aku pun bebuat mengada tetiba macam takde ape berlaku kheenn.. Eh, malas la nak masam muke. hihi.

Gaduh sikit2 tu orang kata itu biasa. Banyak benda kena explore lagi nih. Kena tolak ansur banyak benda, contohnye nak beli tirai. Nak beli colour mana? Ikut taste aku ke taste husband? HAHA. 

-Love you forever and ever-

Haa.. nampak, dah kawen ni banyak pulak post pasal husband. hihi. 

Dear my great husband, semoga kita berdua mampu sabar, bertolak ansur dan tabah melayari alam rumah tangga ni. I'm always be with you. Ececeh..

Solat! Moga kita menjadi suami isteri yang soleh dan solehah. Insya Allah pegang pada jalan Allah, dunia akhirat kita bahagia. Please be my imam till jannah.

Notatangan : Thanks Allah. Alhamdulilah.



Friday, January 9, 2015

Ted Sab Kawen - Coretan buat suami.

Salam,

Alhamdulilah, percaya dengan tak dekat sebulan jugak dah jadi Isteri kepada Mohd Nor Afif Bin Mohd Khir ni. Tiap kali duk menung, mule la monolog dengan diri sendiri.

Aku dah ada laki. Aku dah jadi bini. What? Aku dah ada keluarga mertua. hihihi

12 December 2014. Syukur ya Allah. Sekali lafaz Ted selamat menjadi yang halal kepada diri ini. Yeayy! Tak tahu apa perasaan masa tuh. Bercampur baur. Sedih ada. Happy pun ada. Sebak ada. Eh, semuanya la ada.

Persiapan untuk majlis kami, to be honest memang aku agak stress. HAHA. Can you imagine, one month before majlis kitorang barang hantaran pun tak habis beli. Buat relax sangat, bile dah hari dekat haaa..Hameeekk kau.. Sehari sebelum nak balik kampung tu kelam kabut buat preparation.

Korang kalau nak kawen kan, please and please. Be prepared dari awal. Jangan ikut perangai kami. Semua ke laut nanti. Tapi pape pun, dah selamat. LEGA sangat woi.

-belanje sikit muke husband kite-

Dear Husband, nak tahu something? Dengan berbaju melayu gitu, jantung ai tengok yu rasa hati berterabur di carpet masjid. HAHA. Keep always in your mind, selamanya awak kacak di hati saya. 

Sab memang bukan yang pertama dalam hati awak, tapi Sab yakin perasaan awak lebih lagi daripada perasaan Sab terhadap awak. Terima Kasih Suami.

Lepas pada akad nikah, perasaan Sab terhadap awak hanya Allah yang tahu. Rasa sayang dan cinta lagi membuak. Awak takde depan mata sekejap je pun Sab mencari awak merata tau sebenarnye hari tu. HAHA. 

Sab tahu awak memang bukan seorang yang romantis dengan kata-kata. Awak bukan seorang yang romantis dengan perbuatan (perasaan yang rasa sebelum kahwen). Kadang rasa geram, hey please la sweet sikit. hihi. Dah kawen ni,Sab sedar dan bila di fkir semula, awak sweet dan romantis sebenarnye! Bila bangun pagi awak akan kucup seluruh muka Sab. Awak tarik Sab dalam dakapan awak dan peluk erat2. Dan pada Sab itu sebenarnye cara awak tunjukkan kasih sayang awak terhadap Sab. ILY =')

Lepas pada majlis kita, Sab di duga dengan demam panas yang agak lama nak sembuh (till now badan masih belum sihat sepenuhnya). Terima kasih suami, sebab bersengkang mata jaga Sab. Tengah2 malam kejut Sab dan lap2 kan air di seluruh badan kasi panas kebah. Terima kasih suami, sebab selalu marahkan Sab bila Sab degil. (malas makan ubat!!) Tiada kata sebenarnye nak bagitahu yang Sab hargai dengan semua yang awak lakukan.

-Puan SitiSab-

Sab mungkin agak mengada dan keras kepala. Kadang ada rasa memberontak. Yela, umur pun baru 23 dan masih 23 pada tahun 2015 ni. Hehe. Harap awak tabah dan bersabar dapat isteri perangai macam ni. Jangan garang2 sangat hokey. hehehe.

Insya Allah, akan belajar jadi isteri yang baik dan solehah. Kita usaha mulakan kehidupan yang baru ni sama-sama. Sab akan ada dengan awak, sokong awak dan support awak dalam apa jua segi. Insya Allah.

Macam tak percaya pulak Sab mampu update blog dan buat kata2 ni semua. HAHA. Sebab rasa sejak dengan awak, Sab macam tak reti nak buat karangan jiwang. Awak kan selalu menganjing mengusik Sab, pantang nak sweet sikit kang mule la awak ajuk balik ayat2 saya. Ni karang tak tahu la balik rumah ngadap cemana. HAHA.

Azam baru tahun ni, suami kata nak 'bertiga'.. Wow.. Doa2kan kami berdua di murahkan rezeki selalu. Insya Allah. Amin.

-you're my happiness dunia akhirat Insya Allah-
Terima kasih Allah

Akhir penghujung kata, terima kasih pada keluarga kerana banyak membantu masa majlis di N9 haritu. Kepada Bonda, terima kasih. I love u so much.

Banyak kata nak di luahkan, tapi biarlah tersemat banyak2 dalam hati. Insya Allah panjang umur akan cerita di lain hari.

Notatangan : Suami itu pun satu rezeki. Alhamdulilah ya Allah. Permudahkan urusan kami. Amin.


Siti Sab's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah