Thursday, October 16, 2014

TOP 50 CABARAN SHAYLANISTA BY SAFI MALAYSIA

Salam,

Mesti ada yang dah tahu kan, Safi Malaysia ada buat penyertaan terbuka hari tu yang di panggil boot camp "Cabaran Shaylanista"untuk wanita berhijab.


Aku ternampak dekat blog Yuyu Zulaikha kot pasal ni. Mata aku ni takda nampak mende lain. Cuma HADIAH WANG TUNAI tu yang menjadi aku tertarik nak join. 

Sebenarnye, to be honest aku tak tahu pun mende ni tuk REALITI SHOW di TV9. kahkahkah.. Aku nampak duit ja. So, dengan rakus hantar details penyertaan.

Dalam pukul 12 lebih malam rasanye dapat panggilan telefon dari Kak Ara (TV9 / MQ Production) yang mengatakan aku terpilih dalam 50 peserta untuk menyertai boot camp Cabaran Shaylanista ni. Engko bayangkan la dapat call memalam gitu dengan pakai no handphone. Aku curiga kot memula. 

Boleh caya ke nih? entah2 saje nak kencing aku. kihkih.. Tapi aku buat relax lagi. Aku pun tak ingat bila masa aku ade hantar penyertaan. Dengan gelojoh pi cek balik sent item dalam email aku. Oh.. ada rupanya.. Betul la nih.. 

Kabo ke tunang aku pasal mende ni. Die kabo join je la. Mana la tahu kan ade rezeki. Dapat sokongan, terus bersemangat ni shopping baju dan seluar sukan. 

Serious talk, aku dah 5 tahun tinggalkan pakaian sukan. Time sekolah je aku aktif sana sini. Olahraga, Bola Baling, Bola Jaring, Hoki semua bagai memang muke aku and team je yang ada. Dengar aktiviti lasak syampu Shayla ni buat.. aku pun eksited join. 

Ni sebahagian peserta yang terlibat
Cari aku mana!

* Sedih jugak sebenarnye sebab takde pun gambo aku selfie
Semua nye gambar aku menyelit sana sini dekat kamera orang
sobs sobs*

Aku tak ingat la lokasi camp ni di buat kat mana! aduiyaii.. just ingat dekat Hulu Langat je.. short term betul memori aku nih. Aiyaakk.. Pada 1 Oktober 2014, boot camp ni di jalan kan. Berkumpul di Bukit Jalil jam 6 pagi, betolak dalam jam 7. Sampai dalam jam 8 lebih.

Masa berkumpul tu kan, aku tengok kiri kanan.. Makk aiiihh.. MAJORITI semua LAWA-LAWA!! Kerdil tetiba. kihkih. Muka MIX ramai betul hari tu. 

Aktiviti yang kitorang buat adalah.. walking bridge, flying fox, wall climbing dan buat rakit dan berkayak. Semua ni aku dah buat time PLKN except wall climbing lah. 

Aku dah lama tak join aktiviti bergaul2 dengan orang ni. Jadi hari tu, hobi aku adalah jadi pemerhati. Aku tengok orang tu, tengok orang ni. Aku tak kenal langsung peserta yang terlibat hari tu. Sobs. Tapi takde la aku tak bercakap langsung. Aku berbual jugak la.. Tapi maluuuuuu.. kahkahkah. *tampo pipi* malu la sangat.. puuuii


*gambo pun belas ihsan dari IG diorang, sedih*

Ini antara rakan-rakan yang aku kenal :)
Semua cantik2


Ini gambar time berkumpul nak balik
Kami satu team dan satu bilik jugak :)

Meski aku TAK TERPILIH dalam 16 orang peserta terbaik, tapi rasa happy jugak sebab ada kengkawan baru. Pengalaman baru. 

16 orang peserta terpilih ni diorang akan terlibat untuk program realiti show di TV9 selama 8 episod. Korang nanti tengok ye! Tak silap setiap hari Ahad jam 9 malam kot baru rancangan di tayangkan.
Sekarang ni diorang tengah sibuk shooting untuk 8 episod. 

Siapa yang akan berjaya?? Surpriseee! aku pun tak tahu siapa. Tak sabar nak tengok diorang dalam TV nanti. Fuhh..siapa la dapat hadiah wang tunai RM20K tu.. Banyaakk jugaakk tu weihhh..

Wajah-wajah peserta 16 terbaik Cabaran Shaylanista
TAHNIAH awak-awak semua :)

Semua cantik kan?
K
*nangis*

Aku sensetip tengok pempuan lelawo ni

Sebenarnye SAFI banyak jugak buat contest. Korang boleh usya dekat fanpage Safi dekat sini Click Here . Rajin2 la usya ye. Kot2 lepas ni ada lagi contest yang Safi buat!! ;)

Last but not least, mintak izin ya guna gambar2 dekat IG korang. Terima kasih.

Okay la.. itu sahaja coretan aku untuk hari ini.

Assalamualaikum.











Friday, October 3, 2014

Giveaway Pertama SitiSab

Salam,

Bismillahirahmannirrahim, untuk pertama kali ni nak buat giveaway! Debo rasa.. Harap korang2 semua sudi join!

Hadiah wang tunai Sab buat, menarik ke dak? Mudah je kan.. buat entri dekat blog dan menang hadiah WANG TUNAI! Fuyyoo.. buat entri je, insya Allah dapat duit! Okay.. Cara2 sangat mudah! Sila baca ye dengan teliti :)

SYARAT PERTAMA!!!

1. FOLLOW SitiSab's Blog tau!
 (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!) 

2. Copy PICTURE di atas ni dan link kan ke SitiSab's Blog 
(Link kan ke entri "Giveaway Pertama SitiSab")

3. Sila letak TITLE entri dengan "Giveaway Pertama SitiSab" ye.

4. Sila TAG kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye!
(minimum 3 orang!)

5. Sila TINGGALKAN LINK anda tentang "Giveaway Pertama SitiSab" di ruangan komen entri ini 
(Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira)

- Haa.. senang je kan syarat2 yang pertama ni -

SYARAT KEDUA!!!

Anda TIADA BLOG tapi nak jugak join "Giveaway Pertama SitiSab"?

JANGAN RISAU! :)

Sila baca syarat2 untuk warga Facebook pulak ya ^_^

1. Klik like pada Fanpage SitiSab

2. Dekat wall fanpage tu sila POST/UPLOAD picture di atas 
dan copy link di bawah ni


EXAMPLE :


okay.. faham kan? kalau tak faham leh tanya ye :)

3. Sila TAG kan dengan kawan2 FB korang tuk join jugak giveaway ni tau!
Diorang pun kena buat benda yang sama jugak.


Additional T&C 

- Kalau korang buat salah satu syarat seperti syarat di atas, nama korang akan tersenarai
Kalau buat dedua syarat sekali, nama korang tetap jugak tersenarai. ^_^

Giveaway ni bermula pada hari ini! 

( 3rd October 2014 - 3rd November )
-mungkin akan di pinda juga ye-

HADIAH??

Haa.. seperti banner picture di atas la
RM 100 untuk pemenang yang bertuah!!

Senang! Update dan tag kawan!
Yeahh! Apa tunggu lagi kan? 

Cabutan bertuah akan di lakukan oleh Sab sendiri :)


Siti Sab's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah