Friday, November 1, 2019

Kalau tanya aku kenapa? Jawapan hanya tiada apa. Aku sendiri tak tahu apa punca tapi terjadi macam perlahan lahan dan secara tiba tiba hilang punca. Dalam hati aku rasa "bising" tapi mulut aku diam seperti orang asing.


Kalau aku dapat undur masa, mungkin jalan ini utk tidak aku memilih. Aku tak tahu apa aku rasa tapi apa yang aku tahu aku hanya ingin memendam rasa dan nak keluar jauh membawa jiwa. Dalam hati aku penuh rintih, luaran aku pula rasa letih.


Adakah salah untuk aku meminta pada yang sahih? Adakah aku tidak punya "kuasa" untuk rasa ingin di kasih? Adakah aku sekadar.....

Saturday, March 23, 2019

Dinding

Aku tak tahu apa aku rasa. Kadang kosong, kadang bunga. Kadang aku keliru dan kadang aku sedih atau aku sebenarnya gembira?

Aku rasa aku sorang walaupun hakikatnya sekeliling aku bising. Aku rasa aku tengah menangis tapi bibir aku paksa untuk senyum. Aku tak tahu mana rasa dulu. Aku tk tahu mana rasa  kelip kelip ‘lampu’. Aku tak tahu siapa aku. Aku hanya tahu, aku dan dinding.

Aku cuba pendam tapi sakit rasa sampai basah mata. Aku nak jerit tapi hanya dalam hati yang bunyi bising. Aku tak tahu apa aku rasa sebab aku rasa aku hanya dinding.

Aku rindu nak ikhlas ketawa. Aku rindu di manja. Aku rindu rasa bahawa aku masih ada. Aku rindu nak baca coretan jiwa. Aku rindu nak kau tahu yang aku perlukan ‘bunga’ untuk teruskan rasa cinta di jiwa.

Sunday, June 12, 2016

Pengalaman Bersalin Kali Pertama, Ziyad Rizq - Ketuban Leaking

Salam,

Fuhh! berjeman blog Siti Sab ni tak ber update! maka ini entri adalah entri pertama untuk tahun 2016. Syukur Alhamdulilah, 2 February 2016 aku selamat melahirkan seorang hero kecik Muhammad Afif Ziyad Rizq. Anak aku dengan Mohd Nor Afif. Ya.. anak aku dengan Ted! *lempang sebab macam tak percaya* :D

Ya, sebelum ni aku pernah keguguran seperti yang aku pernah cerita dalam entri ni CLICK HERE . Habis pantang gugur patut aku kena jarak 6 bulan baru boleh pregnant balik. Tapi aku rasa aku kuat lagi kot nak pregnant lagi! habis pantang gugur,aku datang bulan balik macam biasa then lepas sebulan tu aku pregnant semula. Pregnant kan Ziyad ni,aku memula cuak jugak yela sebab pernah gugur kan sebelum ni. Masih trauma lagi pun ade. Risau.. Takut gugur lagi tapi aku kabo dengan Ted, takpe kite cube je la.Ade rezeki,Alhamdulilah.. Kalau takde, kite redha lagi ye sayang?

Allah Maha Pengasih kan, Alhamdulilah..Sepanjang mengandungkan Ziyad memang takde sebarang penyakit. Semua cantik je buku pink aku. Cume masa memula di sahkan pregnant semula tu aku ada keluar darah coklat. Mula gelabah sebab aku gugur dulu pun keluar tanda macam tu. So pergi klinik, Doktor bagi aku MC dan rehatkan diri di rumah. Yela, hari2 aku pegi keje naik LRT dan berjalan kaki ke ofis. Maybe sebab tu kot aku cepat penat. Rahim baru nak rehat aku pulak pregnant balik. Memang kena marah dengan nurse sebenarnye. hihihi. Alhamdulilah lagi,lepas berehat beberapa hari..Semua back to normal.Eh, nanti la aku cerita pengalaman aku mengandung selama 9 bulan pulak (kalau rajin)

Okay, LMP aku 25 April 2015 so EDD aku 31 Jan 2016. Dah 31 Jan 2016 aku tak beranak lagi. Bile dah masuk 36 weeks memang aku kena pegi check up every week. Nurse bile cek perut die kata tak lama dah ni.. Kepala bby dah ke bawah sangat, bile2 masa je boleh keluar. Fuhhhh!berdebar oi.

So dah 31 Jan 2016,aku masih relax takde turun tanda tanda nak bersalin. Nurse set kan next check up aku 1st Feb 2016 kalau aku masih tak bersalin. Sempat la aku ajak laki aku makan steambot! makan char kue tiau la..yelaa.. nak makan pepuas sebelum pantang. Maka 31 Jan 2016 pun berlalu tanpa aku ade rasa tanda bersalin. Cume braxton hicks tu ade rasa.Tapi tak kerap rasa..sehari sekali je rasa sakit. Sakit perut tu pun macam manja2 je rasa sebab aku masih boleh tahan lagi.

Boleh di katakan tiap minggu aku ajak Ted pi jenjalan.Orang kata bagi cepat bersalin..hurrmm... mengah ade laa..penat oi! dengan bawak perut yang sarat,kaki bengkak..kadang bile tengah jenjalan tu tetibe rasa ngilu sangat... cecepat pegang tangan Ted! Dia tanya,"Eh dah nak bersalin ke?".. Relax kejap..lepas tu molek aku jalan macam biasa.. huhuhu.. ngade Ziyad Rizq ni.. Main acah2 lagi..

So 1st Feb 2016, aku pergi la Klinik macam biasa, yela dah tak beranak lagi kena la pergi check up. Dah overdue 3hari..bile dah overdue ni aku kena scan..Doc nak check keadaan bby dalam perut,kalau okay semua..Doc akan bagi tempoh 7 hari lagi then aku kena serah diri kat hospital tuk paksa bersalin (induce). Haa,tak payah bagi tempoh.. terus Doc buat surat dan aku kena pergi TERUSSSS HOSPITAL!

Aku tanya Doc banyak kali,
"Saya kena pergi harini jugak ye Doktor?"..
"Ye, hari ni jugak. Kalau tak bby dalam perut bahaya. Kalau takde jugak rasa bersalin, awak akan di induce"
*gulp telan air liur* Cuaaakkk!

Doktor kata, ketuban aku boarder line je. Tak cukup tuk bby survive kalau lambat paksa bersalin. Doktor tanya,

"Awak ade rasa ketuban keluar ke tak?"
*Aku geleng*
Sebab memang aku takde rasa basah pape. Cume aku bagitahu doktor aku kerap kencing dan bile kencing tu kadang lepas dah cuci aku akan kencing lagi tapi tak banyak. Sikit je keluar. Doktor tanya aku dah bape lama macam tu.. Aku main bantai je jawab (sebab tak pasti dah bape lama macam tu)dalam seminggu dua dah start rasa macam tu.

Doktor tanya aku nak bersalin kat mana.. Aku kata nak kat Putrajaya..So die terus buat surat tuk aku refer dewan bersalin kat Putrajaya. Dalam hati aku ni happy pun ade sebab aku dah nak jadi Ibu tapi tetap rasa cuak dalam masa yang sama. Takut nak bersalin oii!!!

Ted memang tiap2 minggu teman aku pi check up bile dah hujung2 bulan nak bersalin.Thanks suamiku yang power! Aku salu kabo dengan die tak payah la teman aku pegi klinik sebab kat klinik ramai orang dah tu lama pulak tu die kena tunggu. Aku kan isteri prihatin dan mengasihi seorang suami. Kesian die,aku takut die bosan. Tapi bertanggung jawab seorang Mn Afif ni.. Die berkeras nak teman sebab takut ade pape or aku tetibe sakit nak bersalin ke time driving. Ahh.. Sweet gile rasa. LOL.

Haa nampak! tu la hikmah Ted berkeras nak teman aku pegi klinik sebab 1st Feb tu terus aku kena masuk hospital. Kabo dengan Ted ape yang Doc bagitahu dan situasi bby dalam perut dan kebarangkalian aku kena paksa bersalin. Muke Ted macam serius,macam happy pun ada. Aku pun kompius sebab time tu aku dengan die tak bertegu rdah dua hari! HAHA. Merajuk punya pasal. Dah nak bersalin pun tarik muke lagi aku ni. Merajuk sebab ape aku dah lupe. Kitorang berbual macam biasa tapi dengan nada serius. Aku dapat rasakan Ted pun teruja sebenarnye nak hantar aku pegi hospital tapi dia sorok! weeeekkk :p

Tapi! sebelum ke hospital..aku requested dengan Ted nak makan sangat cendol dengan mee rojak. Die kan suami power, serius2 pun ikut jugak kehendak bini dia. Sempat pegi makan mee rojak dan cendol. Dah setel makan, aku pos dulu barang2 customers. Dah jam 3 petang aku sampai Dewan Bersalin Putrajaya.

Serah je surat daripada Doc kat klinik, terus aku kena masuk dalam (bukan LR ye) Cek lagi air kencing, lepas tu amik tekanan darah dan berat. Then aku kena baring, kena buat CTG. Nak monitor heartbeat bby rasanye. Then lepas tu baru jumpe Doc. Syukur sangat sebab hari yang aku masuk hospital tu memang Doctor semua perempuan. Thanks Allah =')

Doc scan lagi, memang ketuban aku boarder line je. Masuk muncung itik! huuuwaaa.. benci betul masuk mende tu. Sakit oi! Doc kata memang ketuban leaking based on ape entah die buat. HAHA. Doc tanya soklan yang sama, dah bape lama ketuban leaking. Aku bagi jawapan yang sama jugak la. Doc kata aku kena warded harini dan esok induce. Nasib dah standby semua beg dalam kereta.

Lepas pada tu aku terus nak kencing.Pergi toilet, nak cuci..aku tengok banyak darah turun.Ah sudah,pehal ni? Keluar toilet aku bagitahu Doc.. "Doktor, saya turun darah dah..Kenapa ye? ".. Doc kata tu la tanda nak bersalin. Sempat Doc bebel die kata nurse tak bagitahu ke tanda2 bersalin cemana? Aku bukan tak tahu,aku ingat tu sebab lepas die masukkan muncung itik tu ke punca tetibe keluar darah. Hek eleh Doc ni.

Ted tak boleh masuk lagi kat situ, tak silap tu dah area dewan bersalin dah pun. Aku kata dengan Ted,kena warded ni. Esok kena induce. Alhamdulilah, tak lama pun aku kena tunggu terus dapat wad. Wad 2A kot tak silap.

Jam 5 petang :
Aku dah start rasa contraction. Time tu macam tak sedar tu contraction pun. Duk relax kat katil lagi. Tapi bile sesekali sakit aku mengerang gak la dan masih boleh tahan. Time ni dah tiap setengah jam contaction. Dah kabo ke Ted dah start contraction kerap ni. Time ni rasa macam period pain lagi tau.

Jam 6 petang :
Waktu makan. Aku makan habis k, sebab lapar gile. Sesekali makan tu datang lagi contraction. Eh time nak warded aku dah sesiap call family bagitahu yang aku dah nak bersalin.

Jam 7 malam :
Contraction makin menggila. Dah 5 minit sekali. Tiap kali contraction datang aku pegang pemegang katil. Aku kata dengan Ted, Sakit.. Perkataan "Sakit" pada hari tu memang asyik berulang. So aku dah tak tahan, aku panggil Doc. Doc check laluan. Aku dah cuak! sebab baca pengalaman orang bercerita bile nak seluk cek laluan tu sakit. Dan ya,memang sakit! hahaha.Time ni nak berjalan ke bilik pemeriksaan pun rasa seksa. Sakit ='(

Dari jam 5 ptg ke 7 malam, baru bukak 2cm. blerrgghh.. Sakit contraction azab ya tuhan,baru 2cm??? Dan good news nye, aku TAK PAYAH KENA INDUCE sebab aku memang dah ada tanda nak bersalin pun. Alhamdulilah lagi sebab memang tanda2 bersalin aku rasa bile dah ada dalam wad hospital. huhu..orang kata kalau induce lagi sakit sebab di paksa kan. Entah, yang normal nak keluar ni pun bapak segala bapak sakit. Cemana la yang kena induce. wwwuuuuu

Waktu melawat habis 730pm kot kalau tak silap,so Ted kena balik. Yela kitorang walk in je bukan amik yang FPP (pi gugel). Tapi dapat satu bilik 4 orang tau! Hospital Putrajaya serius selesa ^_^

Sedih sikit sebab tengah sakit husband pulak kena balik. Tapi Ted balik kejap je. Yela, dari pagi ke klinik then terus ke hospital. Die pun tak rehat2 kan pegi mandi semua. Ted kata nanti die datang balik. Nak standby la kot2 aku terberanak tengah malam ke kan.

Jam 11 malam :
Tengah2 contraction pun masih lapar. Tetibe terliur mee goreng. Suruh Ted belikan.. Nak makan sebab lapar. So Ted pun tengah malam tu dia menyelinap masuk hantar makanan dan dia pun terus stay dendiam dengan aku dalam ward tu tak keluar keluar. hihi. Nasib mak guard tak cari.

Makan mee goreng pun bukan habis. Dah lebih ke sakit contraction je kan. Time2 tu baca la doa2 yang mak mertua aku ade whatsapp. Doa2 di permudahkan bersalin. Mak aku pun asyik call saje. Risau dia.

Around 2:00 am (if i'm not mistaken) :
Time ni memang tersangat sakit! Tak tahan.. even macam tu punye sakit air mata tetap tak keluar huhu. Aku dh mind set kalau nangis pun tak guna sbb akan lagi penat kan. So istighfar je tak henti2 bile menahan sakit. Aku kabo dengan Ted panggil la Doc tuk cek laluan, time sakit contraction ni memang rasa Allah...cepat la cepat la bersalin! Sakit menggila time tu dalam hati, ni mesti dah bukak banyak ni dan cakkkk! Doc selukkk tapi baru 3 cm T_T

Part tak best 3 orang tau yang seluk. Doc perempuan sorang dan dua orang nurse perempuan yang duk seluk. Kenapa 3 orang?? Sebab jari tiap sorang tu lain lain size. haha. Nurse sorang ni kabo dah 4 cm. Lepas tu Doc seluk tuk confirmkan. Dia kata belum lagi ni masih 3 cm tapi dah nak ke 4 cm la. Doc tu boleh pulak surh nurse lagi sorang cek jugak.. Nurse lagi sorang tu result sama macam Doc perempuan tu.. Nasibbb...Seluk la oi seluk.. Kena redha T_T

Tiap kali seluk tu mesti aku angkat punggung dan mesti kena marah. hahaha. Doc pesan dah, jangan angkat tau nanti nak bersalin nanti jangan angkat punggung nanti koyak.. Errkkk.. sebenarnye TERangkat tu bukan sedar. TERRRRR... :D

Doc suruh aku jenjalan dalam ward tu tuk cepat bukak laluan. Ted pimpin la tangan aku sambil kitorang duk jenjalan dalam ward tu pun sekejap je aku jalan. Sakit menggila tak larat oi! Lagipun taknak jalan banyak sangat nanti letih nak meneran. Balik ke katil slow2 aku cube squad. Tu pun sekejap gak buat. kehkehkeh

Jam 4:00 am :
Azab... Allah.. Sakit ya tuhan.. kejap2 pegang besi katil. Kejap2 genggam tangan Ted..Dia pun tak tahu nak buat apa kot. Aku manjang kabo "sakit...sakit...sakit.." Ted ni jenis tak reti nak keluarkan kata kata. HAHA. Kadang kelako..bile die cube nak keluarkan kata kata tu terus jadi macam eerrrkk.. Awkward! :p

Once again aku requested kat Doc nak cek laluan..Okay kali ni confirm dah 4cm Doc kata.. Dah suruh aku standby tuk turun LR tapi before tu Doc nak pecahkan air ketuban dlu. Hurmm....Pecahkan air ketuban ni tak suke ;(

Sakit sbb rasa tak selesa mende nth wire wire tu rasa ngilu.. Part tak best.. Air ketuban aku KERING! Dah la sekali die pecahkan tak keluar air..buat lagi sekali..tak keluar jugakk.. Doc tanya lagi ade rasa air turun ke tak tadi? Aku kabo takde.. takde rasa pape..Tapi before doc nak pecahkan ketuban tu aku pegi kencing..Entah, tu la agaknye ketuban aku keluar. haha. Pelikk betul cara ketuban aku ni keluar. Senyap2 tanpa di sedari. :/

Jam 5:00 am :
So dah dua tiga kali nak pecahkan ketuban air tak keluar..Aku pun di usung naik wheel chair ke LR. Ted kena turun dlu standby kat bawah terus. Fuhhh.. Part dalam LR ni macam2 oi. Kat perut letak wire..Argghh..banyak betul bermain dengan wire la! Dlm LR CTG lagi tuk monitor jantung baby..

Nurse offer aku epidural..aku tolak sebab macam2 aku baca pasal epidural ni kan maka tak berani. Nurse offer lagi ubat tuk tahan sakit, die kata tu bukan epidural..aku pn tak tahu la mende ape die kabo ritu lupe dah. Aku tetap taknak.. Nurse tanya serius ke taknak?? Boleh ke tahan ni? Nanti dah bukak 7 cm dah tak boleh masuk ubat ye. Aku tetap dengan pendirian aku taknak ubat ape2.

Nurse kata kalau taknak ubat sedut gas ni. Gas ape ek namanye..Allah lupe.. Tiap kali sakit sedut. Sedut gas tu tak la hilang sakit pun cume macam lalok lali gitu. Sampai aku sedut sedut dan sedut nurse kabo jangan la sedut selalu. Tiap kali sakit je sedut. HAHA. Mana tahu..bile sedut gas tu macam khayal ja oi.

Subuh :
Ted pergi solat subuh dulu, time ni aku risau..aku takut tetibe aku bersalin ke time die pegi solat. Nak die ade.....huhu..tapi dia kata pegi kejap je..So dengan berat hati aku kabo pergi la..aku memang tak dan nak solat subuh time tu..Tengah bergelut sakit..nak bangun pi kencing pun nurse tak kasi padahal toilet dalam LR tu depan mata aku je. Nurse kata nanti aku terberanak dalam toilet nanti susah so kencing je la atas katil tu. kakakakaka

Jam 7-8 am :
Aku rasa time ni nurse shif malam dah balik..sebab dah nurse lain aku tengok. ceria sikit nurse yang baru masuk shif pagi tu. Patut pun nurse before ni macam garang sikit. Boleh nampak tau beza nurse shif pagi dengan malam. hahaha. Malam penat agaknye tu garang :D

Alhamdulilah..nurse yang bertugas time aku bersalin sangat okay. Bile dah dalam LR tiap kali nak cek laluan kena buang air kencing guna wire. Seksa betul la part nak kena keluarkan air kencing guna wire tu..Pedih.. :(

Sejuk oi dalam LR..aku siap kabo dengan nurse tak boleh slowkan ke air cond..sejukk gilee!

Rasanye tak lebih 3x pun cek laluan. First check bile dalam LR tu dah 6cm. Haihhh.. Dari jam 5 pagi sampai nak pukul 8 pagi baru 2 cm je jalan. Time ni nurse tak kasi meneran lagi.. Azabnye nak tahan supaya tak terteran! Sebab tiap kali contraction tu memang rasa nak teran sangat2 tau lelagi bile laluan dah semakin besar.

Second check laluan dah 7 cm, time ni nurse kata dah boleh teran tapi jangan teran terus..sikit2! Gile nak teran sikit2.. Payah nak tahan.. hahaha.. Mulut tak henti istighfar..sakit sangat..Genggam tangan Ted kekuat! rasanye sempat kabo ke Ted..mcm ni punye sakit nak anak ramai? Allah.. Sab tak larat.. muahahaha..Time tu je..sekarang dah rasa nak mengandung lagi.. Eh? :D

Almost 10:00 am :
Yess! Kali ni memang betul2 nak meneran! sangat2 dah ni! Tak boleh dah nak tahan2. Suruh Ted panggil Nurse cecepat! Nurse masuk je aku dah meneran..sambil kabo saya dah tak tahan ni nurse memang nak teran sangat2!!! Nurse cek laluan memang dah 10cm! Terus Ted kena tunggu luar sekejap sementara diorang prepared barang2.. Fuhh..entah bile masa entah tetibe ramai dah nurse keliling aku..Ted pun dah masuk..

Perasaan time tu..tak tahu la nak kabo cemana..Aku rasa macam aku kat dunia lain pun ada. haha. Sebab sakit bersalin tu lain macam oi =(

Aku nafas pendek atau senang cite aku tak reti cemana nak curi nafas..Sekejap je aku meneran..Nurse kabo ade contraction go teran!! Perkataan "Sikit Lagi" ni manjang aku dengar tapi tak gak keluar2 kepala Ziyad! hahaha.. Nurse dalam LR memang bagi full support..Tak lupe gak kat husband aku..Aku dengar jugak die kata sikit lagi yang..sikit lagi..

Dalam kepala dah mind set..taknak jerit! tapi...zaapppp kena gunting aku terus TERjerit! Kena gunting hidup2 oi..ngeri tak? ngeri kan? Saja kabo ke korang kasi cuakk.. hahahaha

Dua kali aku kena gunting dan dua kali gak aku TERjerit. Sape kata bile dah sakit nak bersalin tu tak terasa sakit pun kena gunting! Tipu ='( Sakit tau sampai aku sakit tekak menjerit.

Lepas dah Terjerit tu datang sorang nurse ni usap2 rambut aku..die istighfar tepi telinga aku rasa..bagi support tepi telinga..ha ah masuk LR aku pakai tudung..time dah nak bersalin tudung aku terkedepan kedepan..Nurse kabo cabut je tudung dia tu..aku dengar! hahaha.. ape entah muke aku time tu mesti huduh gilaa.. nasib dalam LR semua perempuan =')

Aku hampir give up sebenarnye..penat sangat..berpeluh2 oi..Aircond yang sejuk gile masa memula aku masuk tu entah mana hilang sejuk agaknye. Nurse ugut nak vacuum! Die kabo kalau vacuum husband tak boleh tengok tau haaa..kalau nak husband tengok, cepat teran!

Bila nurse kabo rambut baby dah nampak terus rasa tetiba datang semangat..aku cube meneran jugak sehabis tenaga aku cuba..sambil teran sambil ade nurse tekan perut aku tuk push baby keluar. Sakit oi bila kena tekan perut tu. Sbb masa pantang mak aku urut die kabo ade daging bengkak sikit kat perut aku ni.. punye la kuat kena tekan kat perut...fuuhhh.. tapi kan..time meneran tak rasa apa pun..kepala baby dah nak terkeluar pun tak rasa apa..sebab aku just rasa penat meneran.

Bila kepala Ziyad dah lepas tu lega sikit..Aku ingat dah habis! Rupenye kena teran lagi tuk lepaskan bahu.. fuhh..nak lepaskan bahu Ziyad pun dua tiga kali kot aku teran baru lepas.. Huuuwaaa...bukan mudah rupenye nak keluarkan sorang umat Nabi Muhammad ni. Patut pun kalau meninggal ketika melahirkan di kira mati syahid dan di letakkan syurga seorang anak di bawah telapak kaki IBU =')

Alhamdulilah..TEPAT 10:00 Pagi pada 2hb Feb 2016, Muhammad Afif Ziyad Rizq selamat di lahirkan.. Perasaan bila anak tetiba ada atas badan kite lepas fresh keluar tu...........memang betul orang kata...TERUS LUPA sakit yang AZAB gila terasa beberapa jam yang lepas kite berperang tu.. Rasa syahdu...aku tak tahu la aku punye reaksi tu cemana...happy macam nak nangis pun ada. Keluar je Ziyad daripada rahim aku..Ted kucup dahi dan ucap "Terima Kasih Sayang" ..oouucchhh... Touching kejap. :'D

SEBENTAR! JANGAN INGAT SAKIT DAH BERHENTI K!!Ziyad nurse amik tuk di bersihkan..dan lagi sekali aku rasa mild contraction tuk keluarkan uri. Doc tekan2 perut tuk kasi uri keluar..uri keluar tu terasa macam ade mende keluar..dah keluar baru lega sakit..

HAHA. Ingat dah habis ke cerita? belum lagi! Kat tangan memang ade masuk air..aku masa mengandung tangan memang bengkak so bila cucuk jarum kat situ bertambah sakit..lepas bersalin kena masuk air..so nurse tengok tangan aku bengkak sbb cucuk jarum kat situ so dia tukar tangan belah kiri dah tu salah cucuk! tarik balik jarum masuk urat lain..mengalir2 darah oi kat tangan..aku pandang kanan..nurse lain pulak tengah cucuk bius ke atau ubat kecut rahim tah kat peha kanan. Kiri kanan ade jarum, lepas tu bawah pun jarum sebab nak kena jahit lepas kena gunting.. Part kena jahit balik tak seronok betul.. dah la jarum beso macam mata kail. Hahaha. Sila cuak! Aku banyak kali tanya ada bius ke tak bila jahit..Nasib Doc kata memang die bagi bius bile jahit..Fuhh..legaa.. Jahit dah nak siap baru tak rasa apa2...memula jahit tu rasa gak kulit mcm kena tarik2.. scary kn? kihkihkih..

Bakal2 ibu sila takut cepat! hahaha. Takde ape la.. bila kite dah berada dalam situasi macam tu nak taknak kena redha.. Padahal dalam hati manjang mintak cepat la siap proses semua ni...Tak sabar nak balik rumah =(

Dah lepas bersalin dan dah siap jahit..Ted masuk balik LR dan amik Ziyad tuk die Azankan dan Iqamat. Sambil dengar die  azankan anak aku hirup milo panas yang nurse bagi tuk kasi tenaga balik. Punye la sedap milo panas time tu rasa. Masih dalam LR..tak sabar nak naik ward.. Amik fon call mak dan inform dah selamat bersalin..

Ade ke mak aku tanya kenapa dia call aku tak jawab?? HAHAHA.. aku kabo la tengah sakit2 nak bersalin macam mane nak jawab fon =.='

Alhamdulilah.. sejam lebih gak lepas bersalin masih dalam LR baru dapat naik ward semula tuk rehat. Ingat dapat la keluar ward haritu jugak.. Rupenye tak dapat sebab Doc nak monitor suhu Ziyad dulu sebab aku kes ketuban leaking tak sedar bile kan..so Doc decided aku kena stay hospital satu malam lagi..

Mak aku sampai hospital hari yang sama jugak..Mak aku sampai je terus aku kabo... Cemana la mak bersalin 11 orang anak..adik nak keluarkan sorang ni pun rasa susah..mak aku senyum je.. kihkihkih..

Aku suruh Ted bawak mak balik tuk rehat dan Ted pun aku suruh rehat..kesian dia seharian tak rehat..dia kabo nanti malam dia nak datang..Tapi dah malam sunyi je whatsapp..lena dia tido..hahaha..aku pun kabo tak pe la..just rehat kat rumah sebab aku okay dengan anak..Alhamdulilah..Malam pertama tido dengan anak sendiri di sisi..Perasaan tak lekang rasa bersyukur dan jauh sudut hati sayu...Sayu sebab dah jadi Ibu.. Tak percaya aku dah lalui satu lagi pengalaman seorang wanita. Alhamdulilah....

Tu la serba sedikit pengalaman aku melahirkan seorang anak yang pertama.. 40 minggu tu pejam celik je sebenarnye..Now, alhamdulilah..dah bergelar seorang Ibu..masih dalam keadaan percaya dengan tak lagi ni even usia Ziyad Rizq sekarang dah 4 bulan lebih..Pengalaman bersalin tuk kali pertama ni masih tak di lupakan =')

Nota tangan : Terima kasih Allah

Monday, December 21, 2015

My Moments

Siti Sab's Moments





Friday, December 18, 2015

12 December 2015 - First Anniversary at Flora Kafe Ampwalk



Salam,

Yeaayy! Dah setahun kawen! Yeaayy pejam celik pejam celik, dah setahun meng annoying kan husband dengan perangai aku. hehe.

Okay la, sebenarnye anniversary kali ni macam nak ke tak, nak ke tak celebrate? Tapi bile pikir2 balik celebrate je la kan. Dah la tahun PERTAMA! Seumur hidup pulak tu nak rasa "First Anniversary"ni kann. Tak gitu?

So, dua hari sebelum 12 Dec 2015 ni, aku sendiri usulkan ke husband. "Nak candle light dinner tak anniversary kite Sabtu ni?". Yela, aku tahu.. husband aku bukan jenis tetiba nak ber sweet pun. hahaha. Aku pun malas nak buat surprise, just kabo direct ke die je. Die pun kata okay. kat mane? pukul berapa? ade makanan ape? eh eh.. banyak pulak tanya.

Aku la cari info tu semua kat internet. Ofkos la kan! Baca review sana sini kat Flora Kafe ni. Hurmm.. Not bad la.. Cume price dia tuk tahun 2015 ni mahal jugak berbanding price yang aku baca review pada tahun 2014 dan ke belakang.

Tapi before kami pergi dinner tu, kami pergi tengok teater dulu. Kwn abg aku punye program teater, die kata masuk free je. So, kami pun pergi la tengok teater tuk kali pertama nye. Dah la datang bile dah setengah jam teater mula. Masuk masuk je blurr jalan cerita.


-Barisan pelakon-
Aku kenal Datok Jalal je 

 
-Nah poster ceritanye-

 
ofkos la kena selfie laki bini =)

 
Badan makin kembang

 
Hek eleh, nak jugak bergambo kat tangga
Sibuk je nak tiru

Okay, tetibe pulak teater habis dalam jam 4 lebih. Dinner pukul 8:00pm nih. Apa nak buat lagi 4 jam? Nasib Dewan Bahasa dan Pustaka ni dekat la jugak dengan IKEA Cheras, so ajak husband pegi makan meatball kat situ. Padahal nak dinner kul 8 ni. Tapi lapar T_T

Habis makan solat asar then jenjalan kejap dalam IKEA habiskan waktu tengok barang2 rumah. Hurmm..Menarik betul. Engko sabar kejap IKEA! Dah jam 6 lebih terus bergerak ke Flora Kafe ni sebab target nak maghrib kat sana je.

Ngam sampai maghrib, kat Flora Kafe ni tkda surau k. Kena pergi surau belah parking. Ya Allah scary k. Bukan kotor ke ape, tapi sunyiiiiiii.. Dah la surau lelaki n perempuan jauh! Nak mencari payah sebab security yang ada pun TAK PAHAM bahasa Melayu! ggrrr.. Nasib ade ge girl tu baik hati tanya kite ade peneman tak sebab die dh habis solat dah then tinggal aku sorang je. Aku dengar husband cm sokseksoksek sedut hingus la kot, power an? husband sedut hingus dari jauh pun aku dah tahu tu laki aku! hahaha. Aku kabo tkpe ade husband saya kt luar rasanye. Die cek kt pintu, then die kata.." okay betul la husband awak ade kt luar saya naik dulu ye". Thank you awak yg baik hati! =)

Lagi 10 minit nak jam 8pm, aku dah sesiap touch up muke dan husband dah sesiap kemas dengan segaknye. Auuwww.. melting! tapi malas puji. hahaha.


Ni la table kitorang.. Menarik dan lawo kan.. 
Tapi table kitorang dekat tepi pintu keluar masuk
Tak syiokk betui 

 
Tak reti betul orang yg amik an gambo ni nak menyorok
Nampak ngat kat cermin belakang tu. hahaha 
  
my imam! my king! my man! my everything! 
I love you so much husband

 
Ofkos la ade diri sendiri punye gambo

Then penat dah bergambo, makanan pun sampai. Kami pilih nak western set. Ade dah sesiap sebenarnye pakej nye. Ade yang set dengan makanan kampung, baca review orang kata sedap terutama asam pedas die. Takpe la next time la try. hehehe

Sebenarnye kan, perut kami kenyang lagi! wuuu.. tu la..husband dah kabo kang nak dinner kenyang! tapi aku konfiden kata takpe! Sab kan kuat makan. hahaha. Dah lama ngidam nak meatball sebenarnye, tu alang2 pi IKEA tu nak gak makan meatball.

menu makanan kami. Mix western
Ni pun tak habis makan dua orang. Punye la kenyang kan 

 
  
belanje sikit gambo
 
suasana dalam ni
meriah betul dengan bunga bunga kan
heharap takde ular lidi. 

 
dah makan2, kek kami pun sampai
kecewa sikit sebab dalam list western aku tu
kabo nye kek coklat! Aku suke coklat k!
Tapi dapat lain. Sobs.

Oh ya, diorang ade sesiap dah photographer tau
So dont worry, die boleh tlg amik an gamba 

Hurm, even kecewa tak dapat kek coklat
Kek ni pun sedap sebenarnye
Bile makan tk leh berhenti pulak. haha

 
Ni dah setel sume nak sesiap balik
Haruslah bergamba dulu

Terima kasih ya staff Flora Kafe ni
Ringan sangat menolong amik an gamba2 kami

tukar side pulak
Hurmmm.. Sama je mana mana side nampak kembang!
hahahaha
 

Sambung pulak bergambar dekat luar.
 
 

 Oh sayang.. Aku rela badan kembang demi zuriat kite
hihihi. Cari lain siap! gggrrr

Sebenarnye nak amik gambo peluk kuat lagi
tapi malu! hahaha


 
Sambung selfie pulak 
Eh sukati kite la kan

Dah nak ke kereta nampak lagi port lawo
Amik lagi gambo
Tu husband bajet2 candid
 
Kena la gilir2 amik an gambo

Okay habis dah gambar! Kami pun balik rumah dalam jam 11 lebih kot sampai. Kaki dah penat gile. Haruslah husband tukang picit.
Terima kasih sayang for everything. Setahun dah berumah tangga. Bukan senang nak senang. Banyak mende kena tolak ansur even kadang bile bertekak tu rasa nak tinju2 muke! hahaha. 

Husband yang penyayang dengan cara nye tersendiri. Banyak membantu lelagi bab2 kemas rumah.. Tapi dia tk suka masak sangat. Paling rajin ayam masak merah atau kicap yang dia buat. hihihi. 

 
Eh, ade lagi gambo?
k..ni antara kejutan sweet yg husband buat
Malam before our anniversary

Meski bukan bunga hidup, tapi aku suke sangat sebab boleh jadikan hiasan yang tahan lama. hihihi. Kad ucapan, meski ayat macam simple takde madah2 tapi rasa di hargai. I love you too suami kite! Bear tu tak tahu la nape warna pink dan purple pulak. hahaha. 

Thanks sayang. Thanks jadi suami yang baik jugak. Semoga jadi bakal ayah yang soleh jugak tau. Tahun depan Insha Allah celebrate bertiga. hihihik. ILy.

Notatangan : Jangan bezakan life kite dengan orang. Lain orang, lain cara dan rasa. Lebihkan bersyukur.
 


 

Tuesday, May 26, 2015

Keguguran buat pertama kali

Salam,

Okay, kali ni nak story pulak macam mana aku memula spotting > Bleeding > miscarriage. Haa.. Baru jugak la habis berpantang. Hoii.. pantang gugur ni pun sama jugak macam bersalin rupenye. Aku pun baru tahu.. Seriknye berpantang >.<

Al-kisah sambungan dari entri di sini ---> CLICK HERE
Haa.. kenapa ade yang kabo "Tahniah"? haa, nampak sangat tak membaca sampai habis.. hikhik..

Orait, as per previous entry.. 24 Feb aku tahu aku pregnant, dan 24 Feb tu jugak aku kemalangan di langgar kereta. Ketika tu kandungan masih selamat. Alhamdulilah.

After kemalangan, Allah... tak tahu nak kata macam mana.. Suami aku la banyak membantu itu ini dia tolong. Nak naik ke rumah kami pun dia dukung, nasib bini ringan :D

Then, di sebabkan suami aku perlu bekerja mak/abang aku suruh Ted hantar aku balik ke kg aku di Jelebu. Yela, siapa nak jaga makan minum aku bila laki aku pi keje... Kaki tk leh jalan..Takkan laki aku nak benti or amik cuti lama gile? Nanti die bagi nafkah acane kan? So.. kena la berjauhan sementara.. Dia pun balik every weekend..Thanks awak. iLy.

Terima kasih mak dan abang aku..jaga baik punye dan sanggup jugak susah payah menjaga aku.. dah la kat kampung jamban mencangkung woi.. bayangkan la acane aku nak berak? HAHA. Abg aku kreatif tebukkan kerusi kecik tuk aku berak duduk. LOL.

So, after two weeks di kg..aku balik semula ke rumah kami di area Damansara, 10 March ada pemeriksaan kaki..Still tak boleh nak Xray..yela, pregnant kan.. Kami laki bini taknak Xray pun even Doc suruh Xray kaki je nanti akan tutup perut.. Tak berani la nak amik risiko.. First baby kan, nak jaga!

Ekceli di area kaki aku yang patah ni dekat dengan jari2 kaki.. (masih lebam until now) . Doc tak boleh nak Xray, Doc assume based on clinical punye amende nth..Die kabo patah tulang kecik..Kaki aku sampai sekarang, kadang2 silap sikit akan naik bengkak balik. Tak pun jalan lama, aku mule jalan dengkot2 balik. Kifarah nih.. Sabar k Sab =')

Lepas dah seminggu pulang semula ke pangkuan suami, aku pulak masih MC...then officemate nk datang melawat, aku  gigih jugak la mengemas itu ini.. Kami kan baru je kawen bulan 12 tahun lepas. Pindah rumah Bulan Jan, kemalangan Bulan Feb..memey rumah tak berhabis kemas la :p

Masa ni aku dah boleh jalan takde tongkat tapi tak boleh jalan laju. Aku rajin kan, cuci toilet la, menyapu dan mengemop, memasak lagi.. (semua tugasan ni, laki aku tolong hokey!) tak dan.. before kengkawan ofis nak sampai...aku pi ke toilet dan nampak darah coklat keluar ade kat panties.. Terus hati dah tak sedap... Serius tak sedap.. Kabo ke Ted, die pun macam blurr..yela, die pun mane la tahu sangat ye dak bab2 perempuan nih..

Lepas je darah coklat keluar, aku memang everyday gugel pasal "darah coklat, ketika hamil".. Ade yang aku bace kat forum, itu adalah normal..Mungkin rahim pendek la.. Mungkin amende nth lagi..haha..lupe pulak !

Berterusan keluar darah coklat, sampai hari ketiga.. Aku dah risau sangat ajak Ted pi jugak scan kat hospital swasta.. Alhamdulilah, Doc perempuan yang sama jugak yang sahkan aku pregnant hari tu, die jugak la yang buat second check up nih.. Die scan, die kabo..kantung kecik..die tak nampak.. Ahh..sudaaaahhhhh!

So, die masukkan pulak transvaginal scan (correct me if i''m wrong) scan melalui bawah.. Haa..time tu maluu laa... tapi di sebabkan nak gak tahu baby kitorang cemana, ai is redho.. gulpp..Telan air liur..

ni haa contoh


Doc banyak kali zoom in, aku tengok dia macam berkerut dahi..dia just kabo kantung macam tak membesar la..size still macam 6,7 weeks je nih..Haa... serius rasa tak sedap hati..Die suruh aku datang balik 2 minggu..Doc swasta ni macam nak sedapkan hati aku je..die cucuk lagi punggung aku tuk kuatkan rahim dan bagi lagi folic acid. Die kabo, nanti datang balik ye cek kandungan kot2 ada salah kira ke.

Okay la..okay la.. lepas cek kat swasta, esok nye kot kalau tak silap..sepatutnye aku dah masuk 11 weeks aku pun pi la buat Buku Pink..Nurse kira2 aku punye due date 5th October 2015.. Haa.. tahu due date nak bersalin pun aku dah rasa happy,,Sambil tu duk berangan bila nak beli baju baby la..aku dah nak jadi mak la.. wuu...perasaan macam2 sangat time tu.. Happy dan seram sejuk..

Lepas dah setel semua prosuder amik darah la, air kencing la.. sudah tiba masa jumpa Doc tuk scan.. Okay, baring dan doc scan die kabo tak nampak kantung la... Doc tekan perut aku kuat lagi.. fuhh.. sakit woi..dah puas tekan baru dapat detect kantung bby aku.. Okay, doc tgk pada date last period dengan size kantung tak sama. Dan aku kabo la aku ade keluar darah coklat kan.. Doc diam..

Dia suruh aku ke Hospital Besar Sg Buloh tuk buat rawatan selanjutnya sebab dia takda scan yang transvaginal tu..tu aku kena tolak ke hospital..So aku drive la ke Hospital sambil nangis2..sobs..just whatsapp ke husband je keadaan aku..die pun rasa serba salah agaknye sbb tk dapat teman aku..Takpe k sayang..saya faham awak kena kerja. ily.

Dah sampai hospital, masuk ke ward EPAU..okay, dah scan belah bawah..Doc kat hospital pn cakap mende yang sama macam Doc swasta.. hurmm...Doc kabo keadaan aku sekarang ni ancaman keguguran.. Hoii.. derau darah ai dengar ayat Doc tuh.. K nangis dalama hati... Doc suruh datang balik 2 weeks, nak cek tengok keadaan bby..sbb Doc scan mmg size kantung aku 6 - 7 weeks punye size..

Aku pun balik la dengan hati yang kecewa sangat.. Duk dekat rumah pun tak tenang.. Dah beberapa hari tu, aku dh start bleeding. Tapi tak banyak.. Keluar darah coklat pun aku dah seriau, ni kan tengok darah merah... T_T

Tak sampai 2 minggu pun lepas buat buku Pink tu.. around 3:30 am 25th March 2015, aku dah rasa perut macam nak cramp.. Sakit sangat rasa... Baring kiri tak selesa, baring kanan tak selesa. Aku pun bangun pi bilik air. Nak terkencing ni.. tapi perut sakit sangat2..

Last2 aku menjerit panggil Ted, aku dah mengerang sakit gile2.. darah ketul besar2 dah keluar.. Kau bayangkan ye, kalau kite senggut darah ketul kecik nak keluar pun dah rasa sakit kan.. ni engko bayangkan darah beso tapak tangan nak keluar cemana pergi sakitnye.. Allah.. sakit T_T

Aku paksa gak Ted hantar ke hospital waktu tu jugak.. tak kisah la pukul berapa kan.. Dah sakit gile.. Dalam kereta aku dah nangis2 sebab sakit gile perut.. Aku dengar Ted pun nangis.. sobs.. lagi la hiba rasa.. dah sampai Dewan Bersalin, aku kena tolak ke EPAU terus.. dekat ward EPAU lelaki tak boleh masuk.. So Ted tunggu aku kat bawah..

Dah sampai EPAU, Doc suruh baring dan cek.. Haa..kena lagi masuk Speculum (orang panggil muncung itik). Doc cek laluan.. die kata tak bukak lagi.. aku pun tak faham time tu sebab duk tahan perut sakit.. Doc kabo ni sakit sebab ada contraction.. yang aku rasa ni sakit nak bersalin (delivery pain). Allah.. kalau betul la gitu rasa sakit nak bersalin.. Serius... SAKIT GILEEEEE!

Ni gambo ihsan gugel speculum or muncung itik.
Sakit woi masuk mende ni
tapi masa masuk mende ni, sakit perut lagi terasa 


Time tu mulut tak putus istighfar..Doc suruh baring tunggu Doc besar sampai lagi sejam lebih.. WHAT? Sejam lebih lagi aku kena bergelumang dengan sakit macam ni??? Doc kasi ubat tahan sakit.. aku tak tahan dah sakitnye.. Die bagi lagi sebijik...haa..2 bijik ubat tahan sakit pun tak mampu nak bendung aku punye sakit perut ni woi.. sakit :'(

Perut rasa macam kena tekan2 bertubi2! Aku terbaring pun aku mengerang..Allah sakit..time tu la teringat dekat Mak.. rasa banyaknye dosa dengan Mak..cemana la Mak aku bersalinkan 11 orang anak..fuhh.. Mak aku power!

Husband lak dekat bawah, sakit2 gitu lah bebetul nak husband..Tapi die tak boleh masuk.. Mengerang sakit sensorang..Air mata tak yah cite la, rasa cm dh bergelen keluar.Penyudah aku nekad bangun jugak jalan ke Doc, aku terduduk dekat kerusi sambil pegang perut.. "Doktor serius saya dah tak tahan, perut saya sakit sangat"sambil air mata mengalir laju..

Doc tu call sape entah maybe Doc besar la kot. Dengar macam die ceritakan situation aku dekat talipon tu. Lepas die kabo mende entah, Doc suruh aku baring.. Masuk lagi muncung itik tu haa.. Okay kali ni bukan muncung itik saje hokey.. Ni haa.. penyepit yang panjang tu pun masuk..

ni gambo gugel.. Tapi aku rasa macam panjang lagi je dari gamba ni
*Gulp*
Akan rasa ngilu tiap kali teringat mende alah ni woi!

Okay, kali ni Doc cek laluan bawah guna speculum (muncung itik) dan Doc suruh aku batuk2 sebab kantung tu dah nak keluar. Jenuh nak buat batuk2 :(

Tiap kali aku buat batuk2, Doc akan kabo.. Okay Good..Batuk Lagi..Sikit lagi dah nak keluar.. gitu la Doc ulang2..Dah bebetul nak keluar agaknye, Doc masukkan pengepit panjang tu tuk tarik.. Makkk!!! Sakit..Time tu pegang je la kepala lutut sendiri. Serius! i want my husband so bad! Menangis takyah kabo la tahap cemana. Sobs.

Bile pengepit masuk dan Doc tarik, bunyi kat bawah cam bunyi sudu yang letak dalam tin then kau laga2 kan sudu dengan tin tu. Hihihi.. Lebih kurang gitu la aku dengar Doc 'bertukang' kat bawah. Fuhh...

Doc banyak kali ulang...Sabar ye Puan..Maaf ye Puan..Tahan sikit ye.. For your info, TIADA BIUS ye.. Aku 100% sedar.. hehe..Doc cakap, macam mana sakit bersalin..macam ni jugak yang u tengah rasa sekarang ni.. 

Cukup la sakit gitu, dah buat aku insaf. Nak keluarkan seketul daging pun guna tenaga yg banyak apatah lagi nak keluarkan baby yang berapa kilo besornye tuh. Hargai k pengorbanan ibu yang melahirkan awak awak semua =')

Selepas Doc berjaya keluarkan ketulan daging, barulah perut aku macam lega sikit sakit tu. Darah banyak tak payah cerita la.. Nurse cucuk ubat tuk kecutkan rahim. Pakai la pad hospital yang kain tebal tu. HAHA. sumpah aku tak reti pakai. Amende entah tali2 tu punye function. LOL

Berjalan ke katil dengan berlumuran darah. Kain yang aku pakai Allah.. aku dah nak pening. Sebak sekejap sebab letih dan nak kan husband T_T

Dah setel bersihkan diri dalam toilet, pergerakkan aku memang perlahan. Jalan slow sebab masih terasa ngilu. Baring di katil, tapi perut masih sakit! Rupe2nye darah ketul2 beso tapak tangan masih tak habis nak keluar. Mak aihh.. lagi sekali aku rasa sakit yang amat.

Katil aku baring tak yah cite la cemana penuh darah. Pad yg aku pakai pun takda guna. huhuhu. Habis bocor! Banyak kali bangun dan bersihkan diri. 

4 jam lepas tuh, Doc besar pun sampai dan aku pun di periksa sekali lagi. Doc nak cek dah bersih ke belum agaknye rahim aku. Haaa.. Baring ye Puan Sabariah.

Baring.. Dan.. masuk lagi sekali muncung itik woiii!!! okay! kali ni masa masuk muncung itik, sakit muncung itik tu aku rasa. Doc mintak pengepit panjang tu kat nurse, tetiba pulak nurse yang ada sebelah Doc tu hilang. HAHA.

Then, Doc pun tinggalkan aku kejap amik pengepit panjang. Maaakk woi! Boleh die biarkan gitu je muncung itik tu kat bawah. Okay, sakit! Fullstop.

Sekali Doc sampai, Maaf ye Puan..zaappp terus die masukkan pengepit panjang then tarik lagi baki yang tertinggal. Kali ni ngilu pengepit tu aku terasa sampai ke perut. Ngilu! Ngilu! :'(

Aku menjerit dan nangis kabo ke Doc, Sakit Doktor..Sakit.. *sambil air mata deras mengalir* Doc just kabo..maaf puan..maaf..

Dah setel sesi tarik menarik dalam rahim aku, Doc scan dan die kata okay dah bersih... Berjalan lagi perlahan2 ke katil yg banyak darah tu... Aku dah tak heran muke aku cemana time tu.. Tudung senget benget.. 

Ibu2 mengandung yang ada dekat ward tu semua duk perati aku. Yela, dengan kain banyak darah. Jalan macam penguin pun ada. Sobs. 

Dah setel, aku rehat kejap nak tunggu boleh discharge ke dak. Aku call husband.. Sambil teresak kabo ke dia.. "baby kite dah takde tau sayang". Airmata terus laju ke pipi.. 

i know my husband very well. Dia just kabo, "Saya sedih". Even dua perkataan gini je aku dah menangis sebab tahu huband jenis cemana. Dia payah nak admit perasaan, tapi bila dia luah tu..Makna dia bebetul maksudkan perasaan dia. 

Lepas dah discharge, bermula sesi aku berpantang. Ramai kata pantang lepas gugur ni lagi kena jaga dari orang bersalin. Hurm..

For the first time my husband masakkan tuk aku. Terharu gila rasa. Even kelaka jugak masa tuh. ada la di sebalik cerita. HAHA. Aku tido lena lepas sampai kat rumah. Penat...

Malam tuh.. Ted datang baring dan peluk aku.. Die kata.. "Ted Sedih".. Bermula la sesi drama air mata laki bini. sobs sobs.

Alhamdulilah...sekarang kami semakin kuat! Insya Allah.. Mungkin Allah lebih tahu apa yang TERBAIK untuk hambaNya. Dia tarik sekarang, mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti kami di masa akan datang.

Belum rezeki kami nak memiliki cahaya mata sendiri. Mungkin belum lagi, tapi mungkin nanti. Insya Allah. Semoga ada rezeki kami di masa akan datang. Amin Amin.

Terima kasih mak dan family mertua dan jugak family aku. Terima kasih jugak dekat kengkawan yang banyak bagi support! Last but not least.. Terima kasih husband for everything. Ilysm =')






Friday, April 24, 2015

Tanda-tanda di awal kehamilan seorang Siti Sab

Salam
Alhamdulilah, baru ada kekuatan dan semangat sikit nak update blog.  Mengandung! Siapa je tak suke dapat berita happy ni lagi2 yang baru berkahwin macam aku ni haa.. Memang berita aku mengandung aku rahsiakan dan tak dedahkan sangat di media social. Leklu orang kabo.Malas kecoh.. Cume keluarga terdekat dan kenalan rapat je yang tahu aku mengandung.

Meh nak kongsi sikit tanda2 yang aku alami sebelum aku buat Urine Pregnancy Test (UPT).

Tanda-tanda aku mengandung :-
  • -          Period tak datang selama sebulan setengah (almost two month jugak) then baru positif pregnant.
  • -          Loya dan rasa mual sangat2 tekak tapi tak muntah ye. Aku takde morning sickness. Tapi sentiasa rasa mual. Kadang rasa geram nak je jolok tekak kasi muntah biar lega sikit tekak.
  • -          Penat! Kalau dapat berbaring tu, nak bangun ya rabbi.. Pemalas gila rasa. Nak tido je rasa dan cepat mengah.
  • -          Payudara sakit. Macam rasa tegang.
  • -          Badan macam nak demam ke taknak demam. Kadang bangun pagi badan aku macam demam je, tapi aku tak demam. Haaa.. gitu la lebih kurang..
  • -          Tak suke bau husband! HAHA. Kalau tak, tido malam memang nak melekat je rasa. LOL. Tapi bila preggy, husband peluk aku akan tahan sikit hidung. Nak tolak terus kang merajuk pulak husband kite ni :p
  • -          Selera makan mule berkurang.

Okay,tu antara tanda2 awal yang aku rasa sebelum buat UPT. Aku nikah 12.12.14..Last period aku datang lepas kawen 29th December 2014,gagal dalam mission “bunting pelamin” HAHAHA.Then end of January aku ada buat UPT senyap2 taknak bagitahu husband sebab macam dah lambat datang period pada next date yang sepatutnya.

Ni la suami kite 


Pembelian UPT :-
Untuk pertama kalinye haruslah beli yang MURAH dahulu! Itu aku la! Haha. Yela, nak letak air kencing sekali pakai aje.  Panduan nak membeli UPT ni pun korang kalau rajin gugel dulu ye. Tiap pada paket UPT tu ada bagitahu if tk silap berapa Hcg air kencing yang boleh detect. EH, betul ke HCG mende tuh orang panggil dalam Bahasa saintis? Errkk.. Kesimpulannye gini la, semakin mahal UPT tahap kepekatan air kencing kite ni even kau baru preggy 1 – 2 weeks ada UPT yang dapat detect dah. Eh,betul ke kesimpulan aku ni?Ah,dulik!! Dan kalau tak silap aku jenama “Clear Blue” ni antara UPT yang mahal. Boleh detect awal engko preggy dan siap tulis lagi dah pregggy berapa minggu.

Tapi,aku nasihatkan tuk memula cek engko beli la yang murah2 je dulu. Aku beli brand Guardian je.Hihi. Ada dua dalam satu paket tu dengan harga RM13+,lepas GST ni aku tk tahu harga cemana  . Don’t worry, memana UPT akan bagi result yang tepat. Cuma kalau yang murah ni kadang kalau terlalu awal sangat kite cek kadang result negative. So, better if nak cek pregnancy tu bagi masa sikit la jarak dalam 3 – 4 minggu :D

Ni la UPT Test yang aku beli!
Satu paket ni ada DUA! ^_^
*Sumber gambar google*


Ekceli husband aku tak kasi cek awal2 sangat sebab takut akan kecewa, so aku ni dah lewat seminggu dari date sepatutnye aku dah gigih pi beli senyap2 UPT dan buat test sendiri. 

Cek pulak dekat ofis, beli je sibuk nak cek terus. Padahal ofismate aku dah kabo dah, jangan cek dulu..Tunggu dekat rumah pepagi bangun baru cek. Yang pandainye, sebelum nak cek tu aku minum air kosong.Lepas tu selamba bawak UPT senyap2 ke toilet dan bermula la sesi eksperimen. Masa kencing tu ya rabbi..First time jantung laju gila! Nervous gile hokey nak tahu result! Haaa… So resultnye apakah??? Jeng jeng jeng…

Ofkos la NEGATIVE! Kihkihkih..then aku gugel.. kalau nakc ek waktu petang seeloknye jangan minum air 2 jam sebelum nak buat UPT.  Haa… budak degil tak nak dengar kata orang…hihihi…
Senyap2 lagi aku bawak balik ke rumah,tak cite lagi nih dengan husband yang aku dah beli UPT! 

Hihi.. sebab aku nak cek esok nye pepagi..kalau positif aku bajet2 nak buat surprise nak snap gambo then hantar ke wasep dengan description “hai daddy to be!!” ececeh..tpi pagi tu aku cek result macam samar2. Line kedua tu cam nak taknak muncul. Aku pulak macam yakin tak yakin je, ni double line ke single line ni..

Bile dah gitu, aku pun batalkan la niat nak meng-surprisekan husband aku. Kecewa hokey! Tu la husband dah kata,jangan cek awai sangatkan! Memang dapat jawapan yang kecewa pun. Huhu.. Tapi aku tetap rasa yang aku MEMANG PREGNANT! Instinct aku kuat gila rasa yang aku memang pregnant. Hari2 gugel tanda2 orang mengandung cemana. HAHAHA. Dan mostly tanda2 ada pada aku.

23 Feb 2015, time ni dah memang lama gila aku tak datang period since last pada 29 Dec 2014. Aku kabo ke husband yang aku nak beli UPT! Okay,kali ni aku berterus terang dengan dia. Dan husband pun sokong suruh beli sebab dia pun macam rasa aku pregnant. Yela dah dekat dua bulan tak datang bulan, sebab aku ni jenis period yang teratur! Tak pernah lagi aku tak datang period walau sebulan.

Balik rumah dah petang, hati melonjak nak cek..tapi buat cool lagi dan tahan diri! Takut result macam first time cek memula dulu kan..So tak berani nak cek petang2 lagi dah. Hahaha. Lebih afdhol cek pepagi bangun tido,kencing yang pertama tu kite buat UPT! Baru kepekatan HCG dapat detect.

24 Feb 15 - Okay, aku memang biasa bangun 3 ke 4 pagi sebab perut aku penuh nak terkencing. Sanggup hokey pepagi buta betul dalam jam 3 lebih dekat pukul 4 kot if tak silap aku terjaga dan amik UPT dan buat test! Time nak tunggu jadi double line tu haruslah jantung dup dap dup dap lagi!! Kihkihkih.. And finally! YES! DOUBLE LINE! Huh! Tapi masa tengok doubleline tu aku duk menung balik.. betul ke ni aku pregnant?? Aku macam blurr sekejap.Lama gak rasa macam duk kat dalam toilet tuh..

Ni haa result masa aku cek!
Tengokkk! DOUBLE LINE! I'M PREGNANT =')


Then aku masuk bilik,aku kejut husband. Die mamai kot dan aku pun dengan tak sabar bagitahu die yang aku dah buat test dah dan DOUBLE LINE. Husband Tanya, “Double line tu ape?” Hahaha.. aku kabo “Double line tu tanda Sab pregnant la sayang!”

That moment bila bagitahu husband yang kite ni pregnant adalah moment yang paling aku tak lupe..Husband peluk dan kiss dahi..mata lelap sambil mulut tak lekang senyumm lebar gile..Yela,pepagi buta kan..Subuh pun tak masuk lagi..Kami pun sambung tido dengan rasa happy =’)

Bila dah bangun tu, kami laki bini memang nak MC pun sebab dedua macam nak demam dan nak pergi buat scan untuk pertama kali nye nak tahu berapa minggu dah anak ibu ni dah ada dalam perut . Eksaited gile hokey!!!

Sebelum nak keklinik, husband Tanya aku lagi.. “yeke ni Sab pregnant?? Cube buat test lagi sekali” ..Arrgghh sudah,die ni saje nak spoilkan mood happy aku. Nasib aku beli UPT yang sama macam first time beli tu.Ada dua dalam satu paket.. Aku pun cek lagi, ofkos la jantung laju lagi sekali kot2 kali ni keputusan bertukar pulak kan!

Dan taddaaaa! Dedua POSITIVE!! So..apa lagi..dah confirm ai pregnant la sayang..jom pi cek doktor! :D

Dua UPT Test yang di buat! Dan dedua POSITIF =')


Sesiap,naik motor pulak tu pi klinik.. Tapi kali ni husband aku bawak motor pun slow2..berhemah je..hihi..malang tak berbau kan….

Accident… Cemana aku eksiden tu malas la nak cerita dan yang penting memang kereta tu yang salah. Masuk simpang tak bagi signal dan die tak tengok side mirror kiri kanan la kot.. Hentam kaki aku =’(

Can you imagine? Aku baru je HAPPY bile dah POSITIVE UPT, masa kena hentam  dengan kereta tu tangan aku memang pegang perut terus..husband aku dapat control motor daripada terjatuh ke jalan.. sampai ke klinik pun belum lagi..masa tu aku dah risau kandungan aku cemanaaaa….. Sedih..kalau aku terhempas kat jalan tu aku rasa memang aku dah berlumuran darah terus gugur…=’)


Selepas selesai prosuder dekat Hospital Sg.Buloh,dan kaki aku pun dah bersimen.. Aku dengan husband pergi semula ke Hospital Swasta tuk buat check up perut! Hampeh Hospital Sg.Buloh ni..aku dah kata aku pregnant pun die taknak cek kan keadaan perut aku!ggrrr..

So,pergi hospital swasta dan scan..Doc tu kabo takde pape.. Nampak kantung bby.. dan di sahkan pregnant 5 weeks pada 24 feb 2014 (Should be 8 minggu based on pada LMP,maybe ada silap calculation masa last period) Aku dengan husband ofkos la happy bila dapat tahu keadaan anak kitorang baik!!!! =))

Masa kaki patah ni, tengok gambo ni hilang semua sakit =')
*Sebak*


Next entry,aku akan cerita macam mana pulak kandungan aku mula spotting dan bleeding dan akhir sekali aku miscarriage..

Kena sesiap taip entry sambil takung air mata =’))

Jumpa lagi next entry,insya Allah.

Monday, January 12, 2015

Nasihat selepas berkahwin

Salam,

Dah kawen, kire boleh la kan bagi nasihat? Hihihi

Dak la.. ni just nak kongsi nasihat2 yang aku dan suami terima selepas kami nikah hari tu. Banyak yang aku terima adalah perkataan "Sabar".

Sabar! Nama aku sendiri dah Sabariah, tapi tu tak bermakna aku seorang yang penyabar la sangat! kan! Haha. Husband je faham. :p

Tapi bile fikir balik, memang kena banyak bersabar. Bukan dari segi kawal emosi, tapi kena banyak bersabar dalam banyak perkara. Lepas kawen ni banyak benda aku belajar. Fuhh..

-my lovely Bonda-

Mak, selalu je pesan dengan aku.

"Dah ada suami ni, jaga makan pakai die. Bangun awal! Mandi pepagi!"

HAHA. Mak tahu sangat perangai aku cemana. Ye Mak, adik cuba. Adik cuba. aherherher. Sobs, tetiba rindu dengan Mak.. Hari tu demam, balik kg terus elok demam aku. Nampak tak? Rindu Mak ='(

Okay banyak rasa nye ni boleh kembangkan lagi perkataan "SABAR" ni. To be honest, husband lagi banyak bersabar daripada aku. Aku ni kadang bile cari barang tak jumpe pun cepat je rasa nak bengang. Aku bukan bengang dengan husband, tapi bengang dengan barang tu!! Mana dia menyorokkk! Ggrr.. 

Nak mule kan kehidupan yang baru ni sebenarnye banyak cabaran. Serius, banyak cabaran. Kami berdua bukan daripada family yang kaya raya. Tidak! Banyak benda kami mula dari "0". Honeymoon terpaksa postpone bila semua dah complete. 

Sabar. Ye, kena bersabar. Selalu kabo dengan husband, nak pi travel. Tapi keperluan kami kena utamakan mana yang penting dahulu. Insya Allah, kami yakin dengan rezeki Allah. Support each other, itu yang penting. See, kena bersabar lagi kan? Nampak tak pentingnye sabar.

So encik Suami sila bangga dapat wife macam Sab ni. Power dalam kesabaran. hihihi.

-mak dan abah mertuaku-

Pesanan mak dan abah mertua aku pulak ialah kena banyak TOLAK ANSUR! 

Husband aku ni lepas kawen, aku perati dia banyak berubah dah. haha. Kalau dulu ada salah faham sikit, die payah hokey nak mengalah. Nak menang saje. Eh, nak lawan dengan aku yg nak menang selalu jugak memang kadang kalau gaduh tu rasa nak lari jauh2 (sebelum kawen).

La ni bila ada pape, husband macam diam. Entah, mungkin dia malas nak layan kot benda yang remeh2 pun nak bertekak. Dia sapkok tang main talipon duk baring tengok TV. Lepas tu aku pun bebuat mengada tetiba macam takde ape berlaku kheenn.. Eh, malas la nak masam muke. hihi.

Gaduh sikit2 tu orang kata itu biasa. Banyak benda kena explore lagi nih. Kena tolak ansur banyak benda, contohnye nak beli tirai. Nak beli colour mana? Ikut taste aku ke taste husband? HAHA. 

-Love you forever and ever-

Haa.. nampak, dah kawen ni banyak pulak post pasal husband. hihi. 

Dear my great husband, semoga kita berdua mampu sabar, bertolak ansur dan tabah melayari alam rumah tangga ni. I'm always be with you. Ececeh..

Solat! Moga kita menjadi suami isteri yang soleh dan solehah. Insya Allah pegang pada jalan Allah, dunia akhirat kita bahagia. Please be my imam till jannah.

Notatangan : Thanks Allah. Alhamdulilah.



Friday, January 9, 2015

Ted Sab Kawen - Coretan buat suami.

Salam,

Alhamdulilah, percaya dengan tak dekat sebulan jugak dah jadi Isteri kepada Mohd Nor Afif Bin Mohd Khir ni. Tiap kali duk menung, mule la monolog dengan diri sendiri.

Aku dah ada laki. Aku dah jadi bini. What? Aku dah ada keluarga mertua. hihihi

12 December 2014. Syukur ya Allah. Sekali lafaz Ted selamat menjadi yang halal kepada diri ini. Yeayy! Tak tahu apa perasaan masa tuh. Bercampur baur. Sedih ada. Happy pun ada. Sebak ada. Eh, semuanya la ada.

Persiapan untuk majlis kami, to be honest memang aku agak stress. HAHA. Can you imagine, one month before majlis kitorang barang hantaran pun tak habis beli. Buat relax sangat, bile dah hari dekat haaa..Hameeekk kau.. Sehari sebelum nak balik kampung tu kelam kabut buat preparation.

Korang kalau nak kawen kan, please and please. Be prepared dari awal. Jangan ikut perangai kami. Semua ke laut nanti. Tapi pape pun, dah selamat. LEGA sangat woi.

-belanje sikit muke husband kite-

Dear Husband, nak tahu something? Dengan berbaju melayu gitu, jantung ai tengok yu rasa hati berterabur di carpet masjid. HAHA. Keep always in your mind, selamanya awak kacak di hati saya. 

Sab memang bukan yang pertama dalam hati awak, tapi Sab yakin perasaan awak lebih lagi daripada perasaan Sab terhadap awak. Terima Kasih Suami.

Lepas pada akad nikah, perasaan Sab terhadap awak hanya Allah yang tahu. Rasa sayang dan cinta lagi membuak. Awak takde depan mata sekejap je pun Sab mencari awak merata tau sebenarnye hari tu. HAHA. 

Sab tahu awak memang bukan seorang yang romantis dengan kata-kata. Awak bukan seorang yang romantis dengan perbuatan (perasaan yang rasa sebelum kahwen). Kadang rasa geram, hey please la sweet sikit. hihi. Dah kawen ni,Sab sedar dan bila di fkir semula, awak sweet dan romantis sebenarnye! Bila bangun pagi awak akan kucup seluruh muka Sab. Awak tarik Sab dalam dakapan awak dan peluk erat2. Dan pada Sab itu sebenarnye cara awak tunjukkan kasih sayang awak terhadap Sab. ILY =')

Lepas pada majlis kita, Sab di duga dengan demam panas yang agak lama nak sembuh (till now badan masih belum sihat sepenuhnya). Terima kasih suami, sebab bersengkang mata jaga Sab. Tengah2 malam kejut Sab dan lap2 kan air di seluruh badan kasi panas kebah. Terima kasih suami, sebab selalu marahkan Sab bila Sab degil. (malas makan ubat!!) Tiada kata sebenarnye nak bagitahu yang Sab hargai dengan semua yang awak lakukan.

-Puan SitiSab-

Sab mungkin agak mengada dan keras kepala. Kadang ada rasa memberontak. Yela, umur pun baru 23 dan masih 23 pada tahun 2015 ni. Hehe. Harap awak tabah dan bersabar dapat isteri perangai macam ni. Jangan garang2 sangat hokey. hehehe.

Insya Allah, akan belajar jadi isteri yang baik dan solehah. Kita usaha mulakan kehidupan yang baru ni sama-sama. Sab akan ada dengan awak, sokong awak dan support awak dalam apa jua segi. Insya Allah.

Macam tak percaya pulak Sab mampu update blog dan buat kata2 ni semua. HAHA. Sebab rasa sejak dengan awak, Sab macam tak reti nak buat karangan jiwang. Awak kan selalu menganjing mengusik Sab, pantang nak sweet sikit kang mule la awak ajuk balik ayat2 saya. Ni karang tak tahu la balik rumah ngadap cemana. HAHA.

Azam baru tahun ni, suami kata nak 'bertiga'.. Wow.. Doa2kan kami berdua di murahkan rezeki selalu. Insya Allah. Amin.

-you're my happiness dunia akhirat Insya Allah-
Terima kasih Allah

Akhir penghujung kata, terima kasih pada keluarga kerana banyak membantu masa majlis di N9 haritu. Kepada Bonda, terima kasih. I love u so much.

Banyak kata nak di luahkan, tapi biarlah tersemat banyak2 dalam hati. Insya Allah panjang umur akan cerita di lain hari.

Notatangan : Suami itu pun satu rezeki. Alhamdulilah ya Allah. Permudahkan urusan kami. Amin.


Siti Sab's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah